Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ada Hikmah Selepas PKP. | Hari ni setengah hari keluar jalan-jalan dan bershopping. Sebelum ni, semua pasaraya diarahkan tutup. Semenjak PKPB je, pasaraya beroperasi tapi tak macam dulu. Semua harus mengikuti SOP yang kerajaan telah tetapkan.

Jadi, hari ni daku nak beli barang-barang baby di Ikea, Cheras. Sampai di Ikea tu, terkejut sebab ramai sangat yang beratur tapi masih mengekalkan jarak 1 meter. Kadang geram jugak dengan sesetengah manusia yang tak reti nak jaga jarak. Alhamdulillah, sejak mengandung ni terasa diri dihargai, mana mana pasaraya mesti mengutamakan ibu mengandung.



Masa nak beratur beli makanan pun sama, nampak je ibu mengandung terus didahulukan. So far tadi di Ikea, daku tak nampak seorang pun budak dibawah 17 tahun. Alhamdulillah! Apa yang daku suka tentang hikmah PKP ni, memang dah tak perlu nak bersesak-sesak. Beratur beli makanan pun teratur, meja makan pun mengikut SOP, dah tak ada dah orang tunggu-tunggu ni.

Disebalik ujian yang Allah hadirkan mesti ada hikmah. Daku bersyukur sebab menjadi rakyat Malaysia. Tak semua negara yanh boleh kontrol isu besar ni, seluruh dunia tengah hadapi tapi tak banyak negara yang boleh kontrol Covid 19.

Daku harap kita bolehlah kekalkan momentum SOP yang kerajaan dah tetapkan sepanjang PKPP nanti. Nak balik kampung tu beringatlah ye!

2 Ulasan

  1. Setiapnujian terselit hikmah, so kita kena melihat dgn hati terbjka, hikmat yg terselit

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!