Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 | Alhamdulillah, semalam kita sudah pun menyambut hari raya aidilfitri walaupun dalam keadaan norma baharu. Nak beraya tu jangan lebih lebih 20 orang , tak pasal polis datang meronda pulak. Semalam beraya rumah makcik pun dah risau takut lebih kuota.

Kira dulu berapa orang baru masuk dalam rumah. Kelakar kan? Sebab raya sebelum ni kalau boleh nak serbu ramai-ramai. Tapi sekarang kira dulu , lebih kuota tak boleh masuk. Kena tunggu di luar rumah. Nasib baik makcik tak check suhu badan dengan bagi nama. Parah parah.



Di kesempatan ini, daku sebagai tuan tanah blog Ombak Bergigi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Andai sepanjang blogging ini, daku ada terambil, terciduk idea idea entri, mohon dihalalkan ye. Selalu selalu jenguh blog daku.

Selamat Hari Raya semua!

6 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!