Tarikh Hari Ibu 2020 Di Malaysia


Selamat Hari Ibu 2020 | Setiap 10 May, satu dunia akan menyambut Hari Ibu tetapi bagi daku, hari Ibu bukannya pada hari ini sahaja. Ianya setiap hari. Jangan bila hari Ibu je kita sibuk nak upload gambar ibu kita di fb tapi hari biasa buat tidak tahu.

Nak sambut Hari Ibu biarlah berpada-pada takut nanti timbul salah faham ketika meraikannya. Bagi daku, hari Ibu itu adalah setiap hari. Sebagai seorang muslim, nabi SAW sudah mengajarkan kita untuk utamakan ibu, ibu dan ibu. Jadi selagi ibu kita masih ada hargai dan balas jasanya.

Dan buat mereka yang sudah tiada ibu, sedekahkanlah Al-Fatihah untuk ibu agar ibu korang mendapat rahmat disisiNya. Tapi kalau mak mertua masih ada, hargailah mak mertua sebab mak mertua pun mak kita juga. 

"Selamat Hari Ibu buat Ibuku Zaharah Binti Liman dan Leha Binti Mat Desa. Semoga Allah kurniakan ibu ibu ku ini kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah seluas langitnya. Rindu nak makan masakan mak!"

 
Dan buat diri sendiri, Selamat Hari Ibu! Tak lama lagi dah nak bergelar ibu dah. 






4 Ulasan

  1. Malam hari ibu, my mom ada cerita pengalaman menjaga kami adik beradik. Dengan ragam yang bermacam, sanggup berdarah dan air mata untuk anak-anak sampai berjaya masing-masing. Semuanya sebab pengorbanan seorang ibu

    BalasPadam
  2. selamat hari ibu buat para ibu sedunia

    BalasPadam
  3. yes. hari ibu is everyday kan :)

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!