Review Alha Alfa Royal Propolis Foundation, Murah Dan Berkualiti!


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Review Alha Alfa Royal Propolis Foundation, Murah Dan Berkualiti! |  Selamat pagi semua! Puasa tak hari ni? Ramadhan pun tak lama lagi bakal meninggalkan kita, lebih kurang 12 hari je lagi. Tak lama lagi dah kan? Daku harap kalian semua dapat berpuasa pennuh tahun ni.

Lama sebenarnya tak review produk, sebelum ni entri review hanya bagi nafas baru dan publish. Hari ini baru berkesempatan untuk membuat review produk daripada Alha Alfa. Ramai dah tahukan produk Alha Alfa ni? Pengasasnya ialah Dato'Alha Alfa, jurumakeup selebriti terkenal yang kini juga merupakan usahawan muda berjaya dalam bidang kosmetik. Beliau telah mengeluarkan brand kecantikan dibawah nama syarikat Alha Alfa Rich Legacy (1206648-v) iaitu Alha Alfa Cosmtetics


#1 Kelebihan Alha Alfa Royal Propolis Foundation ?

  • Full coverage (jika kulit bermasalah, perlukan 2x lapisan)
  • Tidak berminyak (matte finish)
  • Tahan selama 12 jam
  • Menjadikan kulit instant glowing
  • Dapat menutup lingkaran bawah mata
  • Senang dipakai
  • 1 botol tahan 2 bulan (depends pada penggunaan)
  • Sesuai untuk semua jenis kulit (skin concern)



#2 Fungsi Alha Alfa Royal Propolis Foundation ni? 


Apa yang menariknya tentang foundation ni,  ianya bersifat instant glowing dan mengandungi air liur raja lebah. Air liur raja lebah ni dijadikan sebagai treatment untuk mencantikkan kulit muka, mengecilkan pori dan mengecutkan jerawat di muka. Untuk mereka yang kulit berminyak, foundation ni bersifat "Matte Finish". Ianya akan membuat wajah korang tidak terlalu shining dan kelihatan cantik.


#3 Cara Menggunakan 
Alha Alfa Royal Propolis Foundation ni? 

Pernah guna foundation kan? Sama je cara guna foundation dengan yang lain. Letak satu pump di jari dan calit-calitkan di seluruh wajah. Pastu ambil span muka dan dap dap bagi rata. Korang dap lembut-lembut je tau, jangan kasar-kasar nanti tak lawa pula. Kalau masih tak reti, korang boleh je tengok youtube cara pakai foundation.



#4 Ada Berapa Kod Warna 
Alha Alfa Royal Propolis Foundation ni? 

  • Aura
  • Fervi
  • Edel
  • Morri
  • Salvia


Royal Propolis Foundation – Fervi | Alha Alfa Cosmetics Malaysia


#5 Kat Mana Boleh Dapat? 


Korang boleh di https://www.alhaalfa.com/our-outlets/. DI instagram dan facebook pun ada, tapi daku recommend untuk terus beli di cawangan. Senang dan mudah untuk bertanya dengan seller.

#6 Berapa Harga Alha Alfa Royal Propolis Foundation? 


Kalau ada sesiapa yang jual Alha Alfa Royal Propolis Foundation lebih atau kurang daripada RM49.90, mesti dai amik untung lebih tak pun mungkin ada promosi. Setahu daku harga pasaran untuk foundation ni cuma berharga RM49.90. Murah bukan? Harga ni mampu milik untuk semua wanita yang berminat dengan Alha Alfa Cosmetics.



BACA INI JUGA : 





#7 Apa Perasaan Bila Guna 
Alha Alfa Royal Propolis Foundation? 

Sebenarnya dah lama dah daku berkenan nak beli dan guna ALha Alfa Royal Propolis Foundation, tapi bulan ni baru berkesempatan nak beli. Dengan satu pump sahaja, dah cukup untuk seluruh wajah. Macam gambar di bawah ni, daku letak satu layer sahaja. Itu pun dah lawa kan? Nampaklah glowing-glowing gitu. Puas hati tau beli barang yang mampu milik, murah then berkualiti gila. Nak compare foundation yang lain, rasanya Alha Alfa Foundation ni best! Tak rugi pun beli. 





(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)



3 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama