Resepi Begedil Daging, Sungguh Enak Di Makan Begitu Sahaja.

Begedil daging ni salah satu makanan kegemaran daku. Sedap juga begedil daging ni dimakan begitu sahaja tapi lagi best jika makan bersama soto, nasi mahupun cicah dengan sambal kicap. Lagilah meletop dalam mulut ni. Nikmat kesedapan tu umpama nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan? Gitu. Bolehlah cik suami puji bila begedil daging ni sedap yang amat.

Hari ini, aku akan kongsikan dengan kalian semua resepi begedil daging yang sungguh enak di makan begitu sahaja. Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita cuba buat!

Resepi Begedil Daging

$ads={1}

Resepi Begedil Daging, Mudah Betul Nak Buat


Bahan - bahan untuk membuat begedil daging :

  • 5 biji kentang sederhana besar
  • 200 gm daging/ayam kisar - goreng tanpa minyak
  • 2 sudu teh lada sulah - tumbuk lumat
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup - dihiris halus
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu 
  • 2 biji telur ayam - asingkan kuning dan putih
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1-2 sudu  tepung beras atau tepung gandum


Cara - cara untuk membuat begedil daging :


Sila ikut langkah-langkah membuatnya di bawah ini.


1. Kupas 5 biji kentang dan potong sederhana tipis. Cuci kentang yang sudah dipotong dan tos. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng kentang dengan api yang perlahan. Kita tak mahu kentang tu hangus. Lenyek atau tumbuk sampai lumat semasa kentang tengah panas dan ketepikan.

2. Potong satu biji labu secara dadu dan tumiskan ke dalam kuali. Bila bawang sudah naik bau, masukkan 200 garam daging kisar dan tumis sehingga daging masak. Kalau tak mahu guna daging, boleh ganti dengan ayam kisar atau tuna flakes. Tuna flakes kena bubuh lada hitam sikit tau bagi hilang bau hanyir.

Resepi Begedil Daging

$ads={2}

3. Taburkan sedikit sahaja serbuk kunyit untuk menaikkan seri warna dan bagi rasa lebih sedap serta yang paling peting boleh menghilangkan hanyir daging juga. Jangan letak banyak sangat tau serbuk kunyit ni.

4.  Goreng seketika sehingga daging masak dan air daging mengering. Setelah itu, masukkan sedikit perisa atau garam jika korang mahu. Goreng sampai kering dan tutup api. Ambil daun bawang yang sudah dihiris, taburkan ke atas daging dan gaulkan bersama. Masa ni tak perlu nak hidupkan api dapur sebab daun bawang cepat je layu. 

5.  Masukkan kentang yang sudah ditumbuk lumat dan daging yang sudah digoreng ke dalam satu bekas. Campurkan 1 - 2 sudu tepung beras atau tepung gandum, tak perlu banyak ye. Kenapa kena campur tepung? Kita nak bagi proses menguli begedil daging ni mudah dan membentuk begedil. Jangan degil, bubuh je tepung. Hehehe

6. Bila dah siap gaul, korang bolehlah bulat-bulatkan begedil seperti gambar di bawah ni. Mudah bukan nak buat begedil daging ni? Eh nanti dulu, ni tak siap lagi. Kita kena goreng dan barulah boleh dimakan.

7.  Pukul kuning telur di dalam bekas lain dan celupkan begedil daging bersama kuning telur tu lalu gorengkan dengan api yang sederhana. Jangan lupa balik-balikkan begedil daging ni, kang tak cantik pula bila hangus.

8. Dah siap. Begedil daging ni sedap dimakan begitu sahaja tau. Nak makan dengan soto dan sambal kicap pun boleh, lagilah bertambah selera. 


Selamat mencuba begedil daging ni ye!


Kredit : sofiahumiarah

12 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Wahhhh.. sedap. Pagi dah tgk ni lapar pulak rasa. Hehe.. jemput join segmen ya kalau belum..

    BalasPadam
  2. Ya Allah.Sedapnya.makan macam tu je pun dah nikmat kan.

    BalasPadam
  3. begedil ni kalau mcm tu pun dh terangkat!!

    BalasPadam
  4. Uitt tembam gebunya begedil diaaa....gerammmmm

    BalasPadam
  5. selalu rebus aje kentangnya. Hee~ boleh cuba resepi ni. ^^

    BalasPadam
  6. kegemaran hamba!!! nak try resepi ni, sebab selalu fail buat. kentang berkecai dari bulatan

    BalasPadam
  7. Tak pernah buat lagi begedil takat ni.. nampak mudah jerk tu.. bebila kita cuba buat satu kali.. hehe

    BalasPadam
  8. Begedil sedap di makan dgn soto or nasi panas panas.

    BalasPadam
  9. aida wajib buat begedil if buat soto.
    kekadang ada terlebih kentang, buat gak, makan gitu aje.
    sedap ekk :)
    kebetulan tadi aida beli tahu kering. nak buat tahu begedil :)
    first time nak try, OM. doakan menjadik ye.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama