Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Pageviews Cecah 11K Sehari Gara-Gara.... | Memang dah rutin setiap pagi, tengahari, petang dan juga malam, daku akan check statistik blog untuk tengok berapa pageviews sehari. Entahlah daku dah jadi seronok bila makin hari pageviews makin naik. Siapa je yang tak suka kan? 

Sebagai blogger, pageviews ni salah satu cara untuk tarik client agar mereka percaya dengan pencapaian blog kita. Bila kita dah bina kepercayaan bersama client, mudah tau kita nak dapat job, mahupun reviews produk daripada mereka. Seronok kan dengar?


Pagi tadi daku check, "Ya Allah banyaknya pageviews semalam", sampaikan cakap dengan suami "Bang, cuba tengok ni, banyakkan?". Macam tak percaya, ini mimpi atau realiti. Sebelum ni pageviews hanya cecah 500 ratus tapi semalam 11K sehari tau. Mimpi ke ni?

Gara-gara 4 entri yang daku highlightkan tu meletup naik dengan drastik. Eh biar betul. Serious macam tak percaya. Semuanya entri resepi, wow! Betullah kalau banyak entri resepi memang akan naik pageviews tapi depends pada resepi apa yang kita taip. Kadang ada entri resepi yang meletup kadang tak ada. Depends pada cara kita mengolahnya. 


Rasanya bulan puasa kita pun akan muak bila masak lauk yang sama je, jadi daku siarkan resepi http://www.ombakbergigi.com/2020/04/resepi-kek-marble-lembut-gebu-dengan.html tak sangka semalam tiba-tiba entri ini naik di popular post. Selama ni di popular post banyak naik entri tentang produk reviews kecantikan. Ya Allah, alhamdullilah. Rezeki bulan ni.


http://www.ombakbergigi.com/2020/04/resepi-nasi-minyak-simple-yang-sedap.html resepi nasi minyak ni betul-betul di bawah entri Sis Hawa, lagilah daku macam tak percaya. Sis Hawa dahlah blognya berjuta-juta pageviews. Entri Sis Hawa pun dah 3 tahun di carian pertama google, tup-tup daku yang baru je siar bulan lepas jadi bersaing dengan Sis Hawa. Alhamdullilah sekali lagi.


Baru je 5 hari daku post tentang entri ni, http://www.ombakbergigi.com/2020/05/resepi-tart-nenas-gebu-gebas-sukatan.html. Tiba-tiba daku check di google, memang entri ni naik di carian pertama google. Alhamdulillah syukur!


Resepi http://www.ombakbergigi.com/2020/05/resepi-biskut-chocolate-chip-ala-famous.html  daku siarkan pada 3 Mei, masih di bulan ini. Terus naik di carian pertama google, sekali lagi daku bersyukur sebab entri resepi ini berjaya di carta carian pertama google.

Daku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca blog daku yang sentiasa datang untuk baca entri yang menarik. Terima kasih banyak-banyak. In syaa Allah nanti daku akan sharekan tips untuk dapatkan pageviews lebih daripada 1K sehari ye. 

Semoga bermanfaat!


7 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!