Assalammualaikum dan selamat malam semua! Movie review kali ini daku  ingin mengulas sebuah filem yang berdasarkan kisah benar iaitu filem 'Ayla : The Daughter Of War'. Filem ini telah ditayangkan pada 27 October 2017. Filem yang berlatar belakangkan Perang Korea pada tahun 1950.


Ayla: The Daughter of War (2017) - IMDb


Sinopsis Ayla : The Daughter Of War

Filem Ayla : The Daughter Of War yang berdurasi selama 2 jam 05 minit ini mengisahkan tentang seorang anak yatim piatu Korea yang diselamatkan oleh pasukan tentera dari Turki yang menjadi sebahagian tentera PBB yang mempertahankan Korea Selatan dari serangan Korea Utara.

Kisah benar ini difokuskan kepada dua watak iaitu 'Suleyman' iaitu seorang sarjan tentera Turki dan 'Ayla', seorang anak yatim piatu Korea. Hubungan mereka sangat rapat macam bapa dengan anak. Ayla panggil Suleyman 'Baba'. Bila tugas Suleyman tamat, dia kenalah balik ke Turki. Dia cuba bawa Ayla tapi tidak berjaya. 


Ayla: The Daughter of War | Gene Siskel Film Center


REVIEW

Menangis kot bila part akhir tu, Suleyman nak bawak Ayla tapi tak berjaya. Sedih sangat-sangat, bayangkan tiba-tiba nak berpisah disebabkan dua negara. Jadi sebenarnya, sebagai manusia kena berbaik dengan sesama manusia juga tanpa ada sebarang batasa. Apa yang Suleyman buat untuk Ayla, memang jadi hero di dalam hati dua negara ni. Patutlah Turki dan Korea Selatan menjalin hubungan yang sangat baik. 

Daku recommend kalian semua menonton cerita ni. Apa yang daku tahu, Suleyman akhirnya bertemu Ayla di Korea Selatan selepas media Korea Selatan sudi mencari dan mengadaptasi cerita mereka berdua. Tahu 2017, Suleyman menghembuskan nafas terakhir disisi anaknya Ayla. Terharu kot sebab Suleyman sanggup tunggu dan tunaikan janji dia pada Ayla. 

RATE

Dengan ini daku memberi 5/5 bintang.






1 Ulasan

  1. Alamak spoiler alert. Walaupun dah tau ending dia macamana haha nanti nak download nak tengok sebab my family suka cerita macam ni biarpun berdurasi 2 jam. This movie reminds me of Bajrangi Baijaan cuma yang tu the kid went back to her family manakala Ayla is based on a true story kan? Tak sabar nak tengok.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!