Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ikut Kata Sendiri Atau Dengar Nasihat Orang Tua? | Eh kenapa tajuk macam ni pulak hari ni? Entahlah tiba-tiba tajuk agak sensitif. Kadang kita sebagai anak belum tentu nak dengar cakap orang tua. Semuanya nak ikut kata sendiri, ikut rentak kepala sendiri. Kita sepatutnya boleh rujuk pada orang tua, al-maklum mereka ni lebih makan garam daripada kita.



Betul tak? Tak salah jika kita cuba dengar nasihat orang tua. Wakt u mereka hidup ni lah, satu-satunya peluang untuk kita dengar nasihat mereka. Nanti seandainya mereka dah pergi buat selamanya, siapa lagi yang kita nak rujuk? Kawan-kawan? Ada tau kawan-kawan yang jenis suka kita dalam keadaan kita bermasalah, dahlah tak mahu nasihat, digelakkannya lagi. 

Pikirlah. Sama ada nak dengar nasihat orang tua atau nak ikut rentak kepala sendiri. Belum tentu diri sendiri ni betul. Fikir-fikirkan, jangan nanti bergenang airmata pikirkan kerinduan.

Selamat malam!






0 Ulasan