Himpunan 9 Resepi Nasi Goreng Yang Sedap, Mudah dan Cepat Dibuat.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Himpunan 9 Resepi Nasi Goreng Yang Sedap, Mudah dan Cepat Dibuat. | Dah seminggu dah hari raya, tak terasa sangat kita ni berada di bulan syawal. Pejam celik pejam celik dah habis dah bulan syawal. bagi mereka yang bekerja, hati-hati ye, jarakkan 1 meter tau.

Hari ni daku nak kogsikan resepi nasi goreng. Siapa je yang tak suka nasi goreng, daku sendiri kalau boleh nak hari-hari makan nasi goreng. Apatah lagi kalau mak daku yang masakkan. Jadi, selamat mencuba semua.

9 Resepi Nasi Goreng, Jom Cuba!


Image may contain: food

#1 Nasi Goreng Paprik Ala Thai


Bahan-bahan :

3 mangkuk nasi 
2 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 senduk kecil cili kering blender
1 sudu sedar paste tomyam
Isi ayam (ikut selera)
Sayur kubis (ikut selera)
2 sudu besar minyak masak
Garam gula secukup rasa

Bahan Paprik Campur:

Sedikit udang, sotong, hirirsan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
Sayur-sayuran campur (kubis bunga, carrot, kacang panjang)
Gram dan gula secukup rasa
4 biji cili padai (diketuk)

Cara-cara memasak:

Nasi goreng:

1. Tumiskan bawang merah dan baawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering sikit.

2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukkan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.

3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga baha-bahan tadi sedikit kering barulah 

4. Gaul sehingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.


Paprik Campur

1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.

2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.

3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehingga masak jika perlu tambahkan sikit air.

4. Bila semua bahan sudah empuk, bolehlah masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.

5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hidangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dada goreng.



Image may contain: food

#2 Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai


Bahan-bahan:

  • Nasi secukupnya
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 4 ulas bawang putih -di ketuk
  • 8 biji cili padi - diketuk
  • 3 keping ikan tenggiri masin- buang tulang
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb sos ikan
  • 2 helai kailan
  • 1 btg kacang panjang - dipotong kecil
  • Karot - hiris panjang
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam - rasakan dahulu

Cara-cara untuk membuatnya:

1) Panaskan minyak dan tumis ikan masin, tekan tekan sikit dgn sudip supaya hancur. Bila ikan masin nak garing masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram dan sos ikan.

2) Masukkan kacang panjang, karot dan kacau hingga karot lembut.

3) Ketepikan rencah dan tuangkan telur. Masukkan nasi dan kacau supaya telur bersalut dengan nasi. Boleh letak garam sikit kalau belum masin.

4) Bila nasi dah nak masak baru letak daun kailan.

5) Siap utuk dimakan....

Image may contain: food


#3 Nasi Goreng Daging


Bahan-bahan :

  • 3 pinggan nasi sejuk
  • hirisan daging rebus secukupnya
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili giling (Cap Puteri)
  • 1 kiub pati ikan bilis atau kiub ayam
  • 1 sudu kecil sos ikan atau sos tiram
  • 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 1-2 sudu makan kicap manis
  • sedikit garam dan lada sulah
  • lain-lain : telur, kobis, brokoli, bunga kobis, dan sebagainya (ikut suka)
Cara-cara :

1) Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. 

2) Kemudian masukkan pula cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.

3) Masukkan daging, kiub ayam/ pati ikan bilis, sos ikan/sos tiram dan kicap pekat. Gaul-gaulkan hingga sebati. (boleh juga letak cili api jika suka)

4) Masukkan brokoli, kobis dan bunga kobis (atau sayur-sayuran lain) dan kacau lagi. Kemudian pecahkan telur, gaul-gaulkan.

5) Kemudian barulah dimasukkan nasi, kicap manis, garam dan lada sulah. Kacau-kacaukan selama beberapa minit.

6) Setelah masak, hidangkan panas-panas.



Image may contain: food


#4 Nasi Goreng Cina


Bahan-Bahan:

  • 600 g nasi sejuk
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur
  • 4 ulas bawang putih, cincang halus
  • 100 g isi udang
  • 100 ml sayur campur beku
  • 2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
  • ½ sudu kecil minyak bijan
  • ½ sudu kecil serbuk lada putih

Cara Memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak memasak di dalam kuali.

2. Kemudian, masukkan bawang putih dan isi udang. Tumis sehingga isi udang benar-benar masak.

3. Selepas itu, pecahkan sebiji telur di atas kuali dan gaul sekata dan biarkan ia masak bersama bahan-bahan tadi.

4. Kemudian barulah masukkan nasi dan digaul bersama-sama dengan bahan-bahan tadi hingga sekata.

5. Akhir sekali, masukkan MAGGI® CukupRasa™, sayur campur beku, minyak bijan dan serbuk lada putih dan goreng kesemua bahan lebih kurang 2 minit.

6. Dihidang serta-merta sementara masih panas dan dinikmati sepenuhnya.


Image may contain: food

#5 Nasi Goreng Belacan Special


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 mangkuk nasi putih (yg telah sejuk)
  • 7 biji cili api hijau (kalau nak lebih pedas guna yg warna merah)
  • 1 labu bawang besar
  • 50 gm udang kering (dibersihkan dan direndam)
  • belacan sebesar ibu jari
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • Untuk daging goreng:
  • 300gm daging - dipotong kecil2
  • 3 sb kicap
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • sedikit garam dan gula
  • 4 biji telur- 1 bji utk dimasukkan kedalam nasi dan 3 biji lg utk di buat telur dadar
  • daun salad
  • cili api sebagai hiasan( juga utk menambahkan pedas)
  • sedikit minyak utk menggoreng daging dan nasi

Cara menyediakan dan memasak:

Daging Goreng: 

1) Panaskan sedikit minyak (lebih kurang 3 sb) dan masukkan daging. Kacau seketika dan masukkan kicap, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, gula dan garam. Masukkan sedikit air(melitupi daging dalam kuali) dan goreng hingga kering.

Dadar telur: 

1) Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk. Panaskan frying pan, masukkan sedikit adunan telur dan goreng hingga telur masak(kekuningan). Angkat dan gulung. Ulang sehingga habis kesemua adunan telur. Apabila dadar telah sejuk bolehlah dipotong nipis2.

Nasi Goreng: 

1) Blend cili api, bawang besar, udang kering (bersama air rendaman) dan belacan sehingga lumat.

2) Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak( lebih kurang 3 sb) dan masukkan bawang putih yg telah diketuk. Goreng hingga wangi dan kekuningan.

3) Masukkan bahan2 yg telah diblend dan goreng hingga kering sedikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur dan kacau rata.

4) Masukkan nasi dan goreng sehingga nasi masak. Hidangkan panas2 bersama daging goreng, telur dadar yg telah dipotong nipis dan daun salad. Bagi yg suka makan pedas2 bolehlah diitambah cili api tambahan

5) Selamat mencuba, walaupun nampak cerewet, insyaALLAH sedap..


Image may contain: food

#6  Nasi Goreng Seafood

Bahan-Bahan:

  • 2-3 mangkuk nasi putih
  • 1 biji bawang merah – saiz besar (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit sawi (dipotong)
  • 1 genggam isi kerang
  • 5-6 ekor udang (sederhana besar)
  • 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
  • 1 sudu cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
  • Sedikit minyak masak/minyak bijan
  • Garam dan secukup rasa
  • Daun sup dan timun (untuk hiasan)

Cara Membuat:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.

2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/hiris. Kacau rata.

3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.

4. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.

5. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api. Hiaskan dengan daun sup dan timun.



Image may contain: food


#7 Nasi Goreng cili Padi Ikan Tumbuk


Bahan-Bahan:

  • 1 pinggan nasi putih
  • Ikan goreng (akak guna ikan selayang 2 ekor – asingkan isinya)
  • *10 tangkai cili api
  • *1 biji bwng besar-hiris
  • *3 ulas bwng putih
  • 2 biji telur
  • kacang pnjng
  • Kubis
  • Garam dan perasa

Cara Membuat:

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng sekejap bahan bertanda * bila dah agak layu, angkat.

2. Tumbuk kasar bahan yang dah digoreng tadi. Kemudian, masukkan isi ikan dan tumbuk jangan hancur sangat (manja-manja je)

3. Tumis semua bahan yang dah ditumbuk. Masukkan garam dan perasa. Masukkan sayur dan pecahkan telur.

4. Bila telur dah separuh masak, masukkan nasi putih. Kacau rata dan biarkan nasi agak garing sedikit. Siap!

Image may contain: food

#8 Nasi Goreng Udang Kering


Bahan-Bahan:

  • 5 cawan nasi
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Sikit sayur kobis- boleh digunakan sayur jenis lain.
  • Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk Halus:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar udang kering ( direndam dahulu )
  • 1 inci belacan
  • * kalau nak pedas boleh ditambah cili api atau cili merah dan ditumbuk lumat juga

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.

2. Masukkan telur dan kacau semua bahan menjadi rata. Seterusnya masukkan sos tiram, minyak bijan serta sayur kobis dan terus kacau sampai sayur menjadi agak layu. Tambah garam jika masih kurang masin.

3. Campurkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra.

4. Kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur. Bolehlah dihidangkan.



Image may contain: food

#9 Nasi Goreng Pattaya


Bahan-Bahan:

  • Sepinggan nasi putih sejuk
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 3 sudu besar sayur campur
  • 3 tangkai cili padi diketuk
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 biji telur ayam
  • Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara Membuat:

1.Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.

3.Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.

4.Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.

6.Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.

8.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.


Proses Membungkus Nasi dengan Telur:

1.Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.

2.Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.

3.Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.

4.Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.

5.Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.

6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.

7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.


Wahh, semua resepi nasi goreng ni mudah, senang dan cepat dibuat. Jadi lepas ni dah tak ada sebab malals nak buat ye. Daku dah kongsikan resepi nasi goreng, apa kata di waktu yang lapang cubalah buat. In syaa Allah pasti menjadi. 

Selamat mencuba semua!


Kredit : Facebook

11 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Delicious recipes 😊 thanks for your sharing 😊

    BalasPadam
  2. hulurla nasi goreng apa pun saya suka..
    tapi pattaya x minat sebab banyak sos.. kalo order kena mintak xmo sos kat atas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Om pun tak suka nasi pattaya, tak tahulah kenapa.

      Padam
  3. sedapnya nasi gorengg..sis kena masakkan ni sbb buat sy terliur..hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi... hehehe mai datang beraya kat rumah sis..

      Padam
  4. Dapnyaaaaa 😋😋😋😋

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama