Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Alhamdullilah, Berjaya Bawa WWW.OMBAKBERGIGI.COM Di Carian Pertama Google. | Sebagai blogger, apa yang kita mahu adalah entri di blog kita ni jadi salah satu entri yang terdapat di carian pertama google. Sebab itu, blogger otai Hasrul Hassan selalu nampak di carian pertama google. Pageviews boleh meletop dan naik mencanak disebabkan inilah. Patutnya kita sebagai blogger kena merebut peluang ni, inilah peluang keemasan yang blogger kena rebut habis-habisan.

No wonder kadang-kadang ada orang DM melalui Instagram tanya tentang produk-produk yang daku review. Alhamdullilah, few entry daku yang daku share appear di page carian pertama google. Daku sedar, daku masih noob di dunia blogger tapi Alhamdullilah sangat-sangat. Usaha yang selama ni daku korbankan, membuahkan hasil juga. Akhirnya!

Di bawah ini, daku senaraikan sedikit entri yang muncul di carian pertama google :


1) Entry ni Ubat Jerawat Dalacin T Yang Murah Dan Berkesan! , ini entri yang pertama tentang review produk yang daku guna. Tahun 2017, memang daku ada masalah kulit yang agak teruk juga. Entri ni juga yang paling banyak views, rasanya hampir 27K, hanya untuk entri ni sahaja! Jujur memang daku tak percaya tapi itulah 3 tahun masih di carian pertama google. Alhamdullilah. Bayangkan siap keluar muka sendiri tu. Hehehehe. Comel je muka masa tu, relax je walaupun jerawat bersepah. 


2. Tahun 2018 duit banyak habis dekat barang skincare. Sanggup tau mencari produk luar negara. Tup-tup terjumpa produk The Ordinary, maka terhasillah entri ni The Ordinary Alpha Arbutin 2% + HA review , tak sangka entri ni pun keluar di carian pertama google. Daku memang suka review produk yang daku guna. Itu yang banyak entri review masa tahun 2018.



3. Eh! Bayangkan entri daku tentang Bio-Essence 24K Bio-Gold Rose Water Gold Review mampu kalahkan review daripada instafamous Iman Abdul Rahim. Lagilah daku tak sangka. Tiba-tiba terus meletup entri ni. Sangat impresive jugak, kadang apa yang kita tak sangka tu, memberi hasil yang luumayan. Alhamdulillah.



4. Dalam masa 6 hari, entri tentang Simian Line, Adakah Anugerah Atau Kejadian Pelik? jadi carian pertama google. Entri ni sebenarnya idea daripada kawan daku, tangan tu tangan kawan daku sebenarnya. Dialah yang beria suruh daku buat entri yang evergreen. Daku ni kekeringan idea untuk tajuk tajuk evergreen, yelah kita biasanya buat resepi, review, semua tu. Alhamdullilah. 

Rasanya ada lagi beberapa entri yang dah berada di carian pertama google tapi daku nak tunjuk yang betul-betul beri kesan kepada daku. 4 entri di atas ni memang sangat sentimental buat daku. Daku harap, korang juga berusaha untuk jadikan salah satu entri blog korang untuk berada di carian pertama google. Sama-sama kita usahakan ye!



5 Ulasan

  1. Thanks for your sharing 😊

    BalasPadam
  2. Tahniah om~ Yeaahh.. bestkan kalau apa kita tulis ramai yg cari..
    Nampaknya om punya kekuatan blog adalah review.. kena tulis byak entry pasal review lagi.. keep it up!

    BalasPadam
  3. Wow! congrats! Bukan senang nak bawa blog post jadi carian pertama dekat google. Well done.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!