Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ada Masa Boleh Baca | Kisah Nabi Adam Alaihissalam , Di post kali ini dan seterusnya daku akan bercerita tentang kisah-kisah nabi. Mana tahu ada yang dah lupa, jadi luangkan sedikit masa untuk membaca kisah nabi.

[1/2 - Nabi Adam 'Alaihissalam

1) Nabi Adam tidak dilahirkan sebagai bayi seperti orang lain tetapi telah dibentuk dari tanah sebagai orang dewasa.

2) Ketinggian nabi Adam ialah sekitar 60 kaki, kiranya dalam 20 meter.

3) Ketika Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, mereka terpisah jauh. Masing-masing mencari pasangan dan akhirnya bertemu di Jabal Rahmah dan dari situ juglah Jabal Rahmah digelar sebagai bukit kasih sayang atau 'the mountain of acquaintance' di dalam bahasa inggeris.

Imej mungkin mengandungi: luar, teks, air dan alam


4) Adam dan Hawa tidak pernah kenal erti penipuan. Pertama kali mereka ditipu oleh syaitan adalah ketika di syurga. Syaitan menghasut jika mereka memakan buah dari pokok terlarang di syurga maka mereka akan berubah menjadi malaikat. Oleh itu mereka pun percaya.

5) Kisah ini diceritakan oleh nabi Adam kepada anak-anaknya berulang kali sebagai pengajaran bahawa syaitan itu jahat.

6) Adam dan Hawa hidup beribu tahun lamanya. Hawa mengandung lebih dari 100 kali dan setiap kali mengandung akan lahirnya anak kembar lelaki dan perempuan.

7) Anak-anak nabi Adam sahaja Allah benarkan untuk berkahwin sesama adik beradik namu haram berkahwin dengan kembar sendiri.

8) Anak pertama nabi Adam, Qabil cemburu dengan adiknya Habil kerana nabi Adam mahu mengahwinkan dia dengan kembarnya Qabil. Selepas dihasut syaitan, Qabil membunuh adiknya Habil. Itulah pembubuhan dan kematian pertama di dunia.


0 Ulasan