10 Koleksi Resepi Biskut Raya Popular, Sedap Dan Mudah Dibuat.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

10 Koleksi Resepi Biskut Raya Popular, Sedap Dan Mudah Dibuat. | Ramadhan masih berbaki kurang lagi 10 hari kan? Tak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Walaupun kerajaan sudah umumkan kita tidak dibenarkan pulang ke kampung, jangan jadikan punca tak balik kampung ni salah satu sebab hari raya korang sepi. Hari raya kita mahu happy-happy, jadi macam mana persiapan dengan biskut raya?

Daku beli je 4 balang biskut, ingatkan nak pos pada mak di kampung tapi kang rosak dah rugi pula. Lepas habis PKPB 9 Jun ni ler berangan nak balik, itu pun kalau tak berlanjut. Biskut raya ni salah satu menu wajib ada di atas meja di ruangan tamu setiap rumah. Daku suka dengan biskut almond london dan juga mama carrie. Dulu-dulu rajin jugalah temankan mak buat biskut raya, almaklum daku ni anak perempuan sulung. Kiranya mesti kena berikut punggung mak kat dapur. Rugi kalau tak korek ilmu dari mak.

Hari ni daku nak kongsikan 10 koleksi resepi biskut raya popular, sedap dan mudah dibuat. In syaa Allah confirm menjadi biskut itu nanti. Jom kita tengok koleksi di bawah,



Imej mungkin mengandungi: makanan


#1 Biskut Badam Salji

Bahan A:

250gm mentega
150gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
50gm serbuk badam

Bahan B:

350gm tepung red rose
50gm tepung kastard
50gm tepung susu
40gm tepung jagung
Sedikit coklat masakan
Serbuk rotii untuk hiasan

Cara membuatnya :

1) Puku kesemua bahan A hinggan berkrim dan gebu
2) Masukkan bahan B dan kacau hingga menjadi doh
3) Kemudian canai dan benturkkan adunan menjadi bulat.
4) Bakar pada suhu 150 selama 30 minit
5) Sejukkan biskut dan celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkna
6) Akhir sekali, golekkan ke dalam serbuk roti dan biarkan sejuk.


Imej mungkin mengandungi: pencuci mulut dan makanan


#2 Cornflakes Coklat


BAHAN-BAHAN:

200gm bijirin cornflakes
150gm bubble rice
1 bar coklat masakan

CARA MEMASAK:

1) Sangai coco crunch dan ‘bubble rice’ secara berasingan. Biarkan seketika.
2) Panaskan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
3) Masukkan semua bijiran di dalam coklat yang telah dicairkan dan gaulkan rata.
4) Sudukan ke dalam cawan kertas dan biarkan sehingga sejuk.


Imej mungkin mengandungi: makanan


#3 Cornflakes Madu

BAHAN-BAHAN:

1 ketul buttercup
1 cawan gula perang
500gm cornflakes
10 sudu makan madu

CARA MEMASAK:

1. Cairkan buttercup dengan gula perang dalam kuali.Bila dah cair, tutup api.
2. Masukkan madu. Kacau hingga rata.
3. Masukkan cornflakes. Gaul hingga rata dan bersalut. Jika nak tambah buah-buahan kering atau hirisan badam pun boelh. Pastikan badam dibakar terlebih dahulu.
4. Sudukan campuran cornflakes tadi ke dalam cawan kertas.
5. Hias ikut kreativiti dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit.
6. Sedia untuk dinikmati.


Imej mungkin mengandungi: makanan


#4 Biskut Nestum 

BAHAN-BAHAN:

250gm mentega
100gm gula halus @ kastor
100gm tepung jagung
1 biji kuning telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh air sejuk dlm peti ais
Tepung gandum cap ros secukupnya – bergantung pada kondisi doh
80gm nestum
1 biji telur ayam + sedikit pewarna kuning telur (untuk sapuan)
Nestum untuk hiasan

CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula & air sejuk hingga sebati kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati @ nampak warna kuning keputihan.
2. Masukkan tepung jagung, nestum yang dah diramas sikit dan tepung rose. Tepung rose dimasukkan sedikit demi sedikit hingga doh yang boleh diuli dan tidak melekat di tangan.
3. Terap doh guna acuan kesukaan, sapu telur diatasnya dan tabur nestum.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20-25 minit atau bergantung pada oven masing-masing.


Imej mungkin mengandungi: makanan


#5 Biskut Sarang Semut


BAHAN-BAHAN:

1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar tepung kastard
1 cawan tepung jagung
2 1/4 cawan tepung naik sendiri (@ tepung gandum + 1 sk baking powder diayak)

CARA MEMASAK:

1.Pukul metega dan gula hingga kembang dan gula hancur.
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sekejap kemudian matikan mixer.
3.Masukkan pewarna kuning, susu tepung dan tepung kastard. Kacau rata.
4.Masukkan tepung jagung dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang cantik dan tidak melekat di tangan.
5.Doh boleh terus diparut atau balut dengan plastik dan simpan dalam peti ais selama 20 minit sebelum diparut.
6.Masukkan parutan doh tadi ke dalam cawan kertas dan hias dengan coklat urai berwarna.
7.Panaskan ketuhar dan bakar biskut selama 20 minit pada suhu 160C.


Imej mungkin mengandungi: makanan


#6 Biskut Batang Buruk


BAHAN-BAHAN:

300gm tepung gandum
150gm tepung beras
1/2 biji santan kelapa
100gm tepung kacang hijau
120gm gula ising
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:

Panaskan santan sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan seketika.
Campurkan tepung kacang hijau bersama gula ising. Ketepikan.
Gaulkan tepung gandum dan tepung beras bersama santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli hingga menjadi adunan yang sebati.
Canai nipis adunan tadi dan potong mengikut saiz 2cm x 3cm. Gulung dan biarkan bahagian tengahnya berlubang.
Potong kecil adunan yang digulung tadi dan goreng sehingga garing.
Angkat dan toskan minyak. Isikan bahagian tengah tadi dengan campuan tepung kacang hijau dan gula ising. Ulang sehingga adunan habis.
Sedia untuk dinikmati.


Imej mungkin mengandungi: pencuci mulut dan makanan


#7 Almond London

BAHAN-BAHAN:

250gm mentega | dibiarkan pada suhu bilik
450gm tepung gandum
2 sudu teh emplex
220gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
150gm badam | dibakar seketika di dalam ketuhar
BAHAN SALUTAN:

450gm coklat masakan
1/2 sudu makan lemak sayuran
3 sudu makan badam cincang | dibakar seketika
Cawan kertas secukupnya

CARA MEMASAK:

1) Ayak tepung gandum bersama emplex. Ketepikan seketika.
2) Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati dan masukkan kuning telur bersama esen vanilla. 3) Pukul lagi sehingga kembang.
4) Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
5) Ambil sedikit doh dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang langkah sehingga habis adunan.
6) Panaskan ketuhar pada suhu 170°C dan bakar biskut selama 20-25 minit.
7) Untuk menyalut, panaskan coklat menggunakan tenik double boiler. Kemudian masukkan lemak sayuran, Kacau hingga sebati.
8) Ambil biskut yang telah disejukkan tadi dan celupkan ke dalam coklat masakan. Kemudian masukkan ke dalam cawan kertas.
9) Sudukan sedikit coklat ke dalam cawan kertas tadi dan taburkan badam cincang dengan secukupnya. 10) Biarkan coklat mengeras dan bolehlah dinikmati.


Imej mungkin mengandungi: makanan


#8 Tart Nenas Teratai 

BAHAN-BAHAN:

120gm mentega
120gm minyak sapi
450gm tepung gandum
1 biji telur gred B
Sedikit garam
CARA MEMASAK:

Pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan diikuti mentega dan minyak sapi. Gaul hingga sebati menggunakan pemukul tangan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
Terapkan adunan dan bentukkan tat mengikut kesesuaian dan citarasa anda.
Sudukan inti nanas ditengah-tengah biskut dengan secukupnya.
Panaskan ketuhar pada suhu 170°C – 180°C dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.


Imej mungkin mengandungi: tumbuhan dan makanan


#9 Popia Nestum 

BAHAN – BAHAN :

1 bungkus kulit popia
1/2 cawan nestum (Che Nom lebihkan Nestum kepada satu cawan), kisar halus
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula halus
Bahan untuk gam:
2 sudu besar tepung
1/4 cawan air


CARA MEMASAK:

1) Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.
2) Gulung kulit popia menggunakan sebilah lidi satay atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan.
3) Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat. Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering.
4) Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm.
5) Goreng sehingga kekuningan.
6) Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara.


Imej mungkin mengandungi: tumbuhan dan makanan


#10 Kuih Siput Rangup

BAHAN – BAHAN :

500 gram tepung gandum
150 gram majerin
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih
1 biji telur
5 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
150 ml air


CARA MEMASAK:

1) Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Goreng pula udang kering di dalam minyak yang sama Tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan.
2) Cairkan mentega dan sejukkan.
3) Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi.
4) Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung. Cara ini akan menghasilkan kuih siput yang rangup.
5) Pukul sedikit telur dan tuang ke dalam adunan tepung, diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masuk keras.
6) Rehatkan doh seketika.
7) Tabur sedikit tepung di atas dulang. Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. 
8) Letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi.
9) Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Menarik tak resepi yang daku kongsikan? Selamat mencuba semua!


Kredit : Yannie Peja

3 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. saya suka badam coklat tu.. selalu sepupu akan buat. saya tukang makan ja.. tahun ni ada 5-6 jenis juga nak buat. baru siap beberapa..

    BalasPadam
  2. alamak, OM.
    thn ni aida x buat biskut raya :(
    mood ke laut. satu pun tak buat...
    last minit nanti tak tau la hi hi hi...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama