Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3  Dilanjutkan | Fuhh, PKP dilanjutkan selama 2 minggu dari 15 April sehingga 28 April 2020. Diharapnya dengan pertambahan 2 minggu ni, kita sama-sama dapat mengawal pergerakan seharian kita. Adik-adik yang cuti sekolah tu, jangan seronok dan bersakan bercuti. Cuti pun kena belajar jugak. Banyak bahan-bahan pembelajaran di internet, gunakan internet untuk tambah ilmu pengetahuan.



In syaa Allah lepas je 28 April dah tak ada dah penambahan PKP. Siapa je yang tak nak beraya? Ramadhan tahun ni masih sambut seperti biasa, walaupun tiada bazar ramadhan dan solat terawih. Daku cuma mengharapkan hari raya nanti kita satu Malaysia ni dapat balik kampung. #KitaJagaKita
Jangan gatal nak keluar rumah, 14 hari ni adalah penentuan untuk kita dapat sambut raya atau tidak? Jangan keluar rumah!

5 Ulasan

  1. kan. takut kalau budak sekolah kembali ke sekolah. lagi risau kalau dalam satu sekolah ada murid positif covid, bygkan berapa orang yg jangkit nnt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Om pun risau gak kalau kerajaan buka sector construction utk bekerja. Dah lah beratus orang.

      Padam
  2. ya betul. Mau pulang beraya... jangan la ada gatal nak keluar cari baju raya.. bahan buat biskut raya la.. hurm..

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!