Assalammualaikum & selamat hari isnin semua! 

Bersempena hari isnin iaitu hari ni, daku ingin mengulas sebuah filem yang agak kecoh baru-baru ini di dalam Facebook iaitu 'What Happened To Monday'. Scroll je memang banyak post tetang cerita ni, jadi kenapa tidak jika daku tak menontonnya.  Filem ini sudah ditayangkan pada 5 August 2017 di siaran Netflix dan genre untuk cerita ini ialah science fiction thriller dan directornya ialah Tommy Wirkola.

Sinopsis What Happened To Monday



Filem What Happened To Monday yang berdurasi selama 123 minit ini mengisahkan tentang 7 kembar yang menggunakan 1 identiti iaitu Karen Settman. Pada tahun 2073, USA telah mewajibkan satu kelahiran untuk setiap ahli keluarga sahaja. Sesiapa yang melahirkan lebih daripada 1 orang anak akan ditangkap oleh pihak berkuasa. 

Nak dijadikan cerita, ada seorang perempuan telah melahirkan kembar 7 dan diberikan nama Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday dan Sunday. Ibu kepada kembar 7 ini dah meninggal dunia dan mereka di jaga oleh datuk mereka.  Mereka ni keluar kena bergilir-gilir mengikur hari dan nama mereka. Jika hari isnin, maka Monday akan keluar, begitulah seterusnya. 


Mereka ni hanya menggunakan 1 identiti iaitu Karen Settman. Datuk mereka ni dah ajar macam mana nak survive dan hanya guna 1 identiti. Jadi, mereka mampu survive sehingga 30 tahun tanpa ditangkap oleh pihak berkuasa. Tetapi, suatu hari tu Monday keluar dan tak balik-balik. Rupanya, Monday nakkan identiti Karen Settman dengan menghapuskan adik-beradik dia yang lain sebab Monday dah mengandung. 6 adik dia hanya Tuesday dan Thursday yang hidup. Monday mati ditembak oleh pihak berkuasa. Rupanya Monday tak nak anak yang dalam kandungan dia di ambil oleh pihak berkuasa sebab dia mengandung anak kembar.

REVIEW

Tragis jugak nak habiskan cerita ni. Mula-mula keliru sikit sebab ingat orang yang berbeza rupanya watak utama ni mainkan 7 watak yang berbeza. Daku suka cerita macam ni buatkan kita berfikir, perlu ke kerajaan nak hapuskan anak lebih dalam sebuah keluarga. Kenapa tak nak beri ibu bapa mereka dengan dos mandul? 



Ingatkan pihak kerajaan ambil anak lebih tu disimpan di ruang khas padahal mereka ni membunuh anak lebih tu dengan membakar. Dahsyat. Sanggup jugakkan seorang ibu nak protect anak dia dengan hanya pentingkan diri sendiri sedangkan dah berkongsi hidup dengan adik beradik yang lain selama 30 tahun. Padahal ada je solution yang lain. Haishhh. Overall, cerita ni best tetapi tak sesuai ditonton bersama anak-anak ye sebab ada agenda blues clues 18sx. Tengok je sendiri tak pun dengan suami. 

RATE

Dengan ini daku memberi 5/5 bintang.


12 Ulasan

  1. kan. kesiannya hmm. boleh je bincang elok2 dengan family mcm mana nak atasi masalah tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah tak reti nak berbincang jadilah macam tu.

      Padam
  2. mula-mula tengok sedih jugak. Serius best kan cerita ni..

    BalasPadam
  3. yea betul..citer dia best..kita pun tertanya2 kenapa dengan monday..sekali rupanya..jeng jeng..pi la tengok sendiri yang mana belum tengok tu..hehe..tapi betul, x sesuai tontonan dengan kanak2..ada adegan tutttt..haha

    BalasPadam
  4. aida da tgk citer ni.
    best.
    ada la part yg sedih sebenarnya.

    BalasPadam
  5. Ramai duk share pasal cite ni, kena layan jugak ni 😁

    BalasPadam
  6. saya kadang2 ikut mood nak layan citer macam ni.. macam takot2 nak tengok tapi bila da tengok tu xleh brenti layan pulak.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!