Mahu Rasa Kenyang Sampai Berbuka? Ini Cara Mudah Buat Stok Pati Kurma Untuk Sahur.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Mahu Rasa Kenyang Sampai Berbuka? Ini Cara Mudah Buat Stok Pati Kurma Untuk Sahur. | Salam Ramadhan ke 6 semua, eh dah nak masuk seminggu dah kita puasa. Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik, eh dah seminggu puasa. Pernah tak sepanjang korang berpuasa, perut korang akan berasa lapar yang amat? Siap pakej bunyi, kruukkk kruuukk lagi tu. Selama 13 jam setengah kita menahan lapar, tapi bila lapar yang amat sangat confirm jadi tak bermaya.

Hari ini daku nak kongsikan cara mudah buat stok pati kurma untuk sahur. Kurma ni salah satu makanan sunnah Rasullullah, banyak kebaikan dan manfaat buah kurma ni. Daku pun dah amalkan buat pati kurma, rendam kurma tanpa biji semalaman. Ketika sahur, daku blend kurma yang direndam tu dan campurkan dengan susu kambing. Korang boleh je buat pati kurma ni, mudah je caranya.

Cara-cara membuat pati kurma :


1. Korang buang biji kurma dan basuh bersih bersih.


2. Steamkan kurma yang dibuang biji selama 20 minit di dalam pengukus.




 3. Dah siap steam, korang blend kurma tadi tu bersama sedikit air. Blend sehingga hancur dan halus.




4. Bila dah siap blend, korang boleh masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais.




5. Ketika sahur, campurkan 2 sudu pati kurma bersama susu, tak kiralah susu kambing ke susu tepung. Janji susu yang mengikut selera korang.




6. Siap untuk diminum tapi korang boleh juga campurkan dengan madu, badam mahupun kismis. Confirm sedap.


Selamat mencuba!


Kredit : Nadiah Latfi


1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama