Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dapat Jugak Makan Harum Manis ! | Daku tak tahu sangat fenomena pelam harum manis, sebelum kahwin memang nak sangat rasa tapi tak pernah dapat. Harum manis pun 1kg cecah RM50, mana mampu nak beli. Masa tu fikir, dari beli buah harum manis baik makan makanan yang berbaloi dengan harga tu. Daku sendiri tak tahu kesedapan buah tersebut di tahap yang mana. Biasanya makan buah pelam yang murah-murah, tak pun buah pelam kampung yang free je.

Nak dijadikan cerita, blogger Aisyah Nyais ada post tentang harum manis di FB. Ulam mendata, pucuk mendatang, macam tahu tahu je daku mengidam nak makan harum manis. Daku pun mesej dia tanya, berapa sekilo dan boleh tak postage. Alhamdullilah, memang dah dinamakan rezeki ada rupanya. Daku beli 2kg tapi rezeki lagi dapat 1/2 kilo. Rezeki baby namanya.



Bayangkan harga harum manis bila dah sampai di kawasan KL, ada yang mencecah RM150 untuk 3 kilo. Makk aiii harga, setahu daku suami kat harga pelam harum manis dah jatuh. Daku sendiri tengok di instagram ada je yang jual 1kg RM35. Tak fahamlah yang jual jenis mahal berlipat ganda ni. Nanti bila makan, tak sama pulak rasanya. Dah rasa rugi dan tak berbaloi.

Daku tunggu selama 3 hari untuk sampai dari pelam harum manis ni sampai ke KL. Lama tu, ingatkan hari ni tak sampai sebab cek tracking pos laju dah keluar delivery, ni dekat jam 6 petang baru sampai ke tangan. Pos laju dah boleh tukar jadi pos lambat. Hahahaha. Excited nak buka kotak pelam tau, risau jugak takut dah rosak.


Alhamdullilah, masih rezeki baby. Elok je nampak kekuningan, bila picit tak rasa lembut sangat masih keras. Apa lagi, daku kupas dan makan. Ya Allah, nikmat apa lagi yang mahu daku dustakan. Sedapnya ya rabbi! Manis gila macam tak percaya ini kah buah harum manis? Sedap, sedap dan sedap. Daku kupas buah yang kedua, aduh ya Allah sedapnya. Betul-betul nikmat.

Apa apa pun, daku ucapkan ribuan terima kasih kepada Aisyah Nyais sebab sentiasa tanya pasal buah harum manis. Servis dia baik sangat. In syaa Allah nak repeat lagi order, ni kalau duduk area Perak atau Kedah, sanggup daku terjah ke rumahnya. HEhehehhe.



5 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!