Resepi Murtabak Mini Kulit Popia Dan Tetap Sedap

Apa khabar para pembaca sekalia? Resepi ini adalah khas untuk anda hantu murtabak. Siapa aje yang tak suka murtabak? Aku sangkakan nak buat murtabak mini ni susah, rupanya senang sahaja. Kalau singgah bazar Ramadhan, murtabak ni salah satu menu yang wajib beratur panjang bila nak membelinya. 

Tak kiralah murtabak ayam ke daging ke cheese ke yang pasti membuatkan ramai yang menjadikannya menu wajib di bulan puasa. Lagi sedap, makan bersama dengan bawang tu kan, sedap sungguh. Tapi aku lagi suka jika makan bersama dengan kuah kari pekat. 

Hampir setiap bazar di Malaysia, semuanya ada menjual murtabak. Cuma harga dan rasa aje yang berbeza. Lagilah dengan keadaan ekonomi dan barang semakin mahal, itu yang membuatkan harga murtabak lumayan mahal.

Betul tak?

Mana ada dah jumpa 1 keping RM2.50, dulu waktu aku zaman sekolah menengah. RM5 tu boleh dapat 2 keping, dah tak risau nak kongsi dengan adik beradik. Sekarang nak beli 1 tu, untuk diri sendiri pun belum tentu cukup. Nak salahkan penjual sebab harga mahal pun tak boleh juga. Semuanya kerajaan yang kontrol, kita ni terpaksa aje lah mengikutnya.

Resepi Murtabak Mini Kulit Popia Dan Tetap Sedap 


Resepi Murtabak Mini Kulit Popia
Murtabak Mini Kulit Popia


Kali ini, aku kongsikan resepi murtabak mini guna kulit popia yang ringkas dan mudah dibuat di rumah. Yelah, musim PKP ini bazar Ramadhan dilarang beroperasi, nak beli secara delivery pun cod agak mahal bagi ibu ibu yang mempunyai anak yang ramai.

Dengan hanya menggunakan kulit popia, murtabak mini dah tentu menjimatkan perbelanjaan ibu ibu. Dah tak perlu nak beratur panjang, beratur je kat rumah sendiri.

Sebelum itu, terima kasih kepada tuan asal resepi ini yang sudi kongsikan resepi murtabak mini kulit popia ini. Semoga tuan dilimpahkan pahala yang berganda banyaknya. 

Mari kita teruskan membaca dan membuat resepi ini, pastikan anda mengikut setiap langkah yang betul ya supaya hasilnya sama seperti di gambar.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Inilah senarai bahan yang diperlukan.
  • 500 gram isi ayam atau daging kisar
  • 5 biji kentang di potong dadu
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 1 ulas bawang putih di hiris
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 biji bawang besar di potong dadu
  • Hirisan daun sup
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak untuk menumis

Resepi Murtabak Mini Kulit Popia
Bahan-bahan yang diperlukan.

Cara memasak inti murtabak mini:

Ikuti langkah - langkah di bawah dengan teratur :


1. Tumis Bawang Dan Rempah.

Mula - mula, korang potong bawang secara dadu dan panaskan minyak di kuali. Korang tumis bawang putih dan bawang besar yang telah dipotong dadu. Masukkan juga rempah kari dan sedikit air. Korang masakkan rempah sampai naik bau dan pecah minyak ye.


2. Masukkan Isi Ayam Atau Daging Kisar

Bila rempah yang ditumis tadi tu pecah minyak dan naik bau, barulah korang masukkan isi ayam atau daging kisar ke dalam rempah tadi. Kacau sampai sebati. Masukkan juga kentang, kentang ni penting juga tau, takut nanti kentangnya tak empuk.


3. Masukkan perisa

Setelah isi ayam atau daging kisar empuk, barulah masukkan perisa garam, ajinomoto dan juga sedikit gula. Hiaslah bersama daun sup. Tunggu semua bahan inti masak hingga agak kering. Bila rasanya semua dah okay, tutup api dan tunggu inti sejuk sebentar.


Resepi Murtabak Mini Kulit Popia
Isikan inti ke atas kulit popia


Seterusnya, langkah - langkah untuk menyediakan murtabak mini:


1. Masukkan Bahan

Pecahkan 2 biji telur, pukul sampai sebati dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan - bahan inti ayam atau daging kisar yang di masak tadi. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau sehingga sebati di dalam bekas.


2. Letakkan Inti Di Kulit Popia

Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan inti yang dicampurkan telur dan bawang tadi tu. Letakkan di tengah - tengah kulit popia. Korang lipat atas, bawah, kiri dan kanan kulit popia. Terbalikkan bila sudah di lipat dan masukkan ke dalam kuali.


3. Sedia Untuk Dibakar

Untuk membakar mini murtabak ni, korang kena panaskan kuali bersama sedikit minya. Letakkan popia yang sudah dilipat. Kalau korang suka minyak banyak, letaklah. Kalau tak suka minyak banyak, boleh kurangkan. Ikut selera masing - masing. Bakar sehingga masak. Balik - balikkan ia. Bila dah siap boleh dihidangkan bersama kuah kari, ikutlah selera. Ulangi langkah di atas sampai habis inti ye.

Resepi Murtabak Mini Kulit Popia
Siap untuk dihidang


Dah tahu dah nak buat murtabak mini, bahan - bahan pun mudah di dapati. Anda ikut je langkah - langkah di atas. In syaa Allah menjadi. Lepas ni, dah tak perlu nak beratur panjang beli murtabak samaada di pasar malam atau bazar Ramadhan.

Menu waktu berbuka puasa memang banyak pilihan dan sedap belaka. Mahu beli atau buat sendiri itu semua pilihan anda sendiri. Jika anda tak tahu nak masak apa, bolehlah cuba masak murtabak ini, saya yakin anak-anak anda pasti menyukainya.

Lagi pun, masak di rumah lagi terjamin kebersihannya. Jimat sikit perbelanjaan berbanding beli di luar. Nak tambah pun, dah kena tambah kos beli. Jika anda ada masa dan berhajat untuk mencabar diri sendiri, silakan. 

Selamat mencuba dan jangan lupa komen di bawah ye!


Kredit : FB Nur Fazleen



8 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Waa.. bestnyaa .. teringin juga mau buat murtabak nie

    BalasPadam
  2. Wowww hebatnyaaa, ko buat sendiri ekkk...bestnyaa...ni belum ada lagi nak order murtabak, esok-esok laa order, nak buat sendiri, uisshh tak konpiden hahaha

    BalasPadam
  3. Hayırlı Ramazanlar olsun 😊

    BalasPadam
  4. Boleh try...kalau jadik, leh buat lagi...fuh, fuhhhh! Bazar di rumah je ek..mudahhhhhhh betul....hahahaa

    BalasPadam
  5. wahhh sedap ni. nak try juga ek. tq sebab share resepi

    BalasPadam
  6. Ohh tak sangka. guna kulit popia pun boleh buat murtabak

    BalasPadam
  7. Sis baru buat hari tu. Memang sedap. Berebut dengan suami. Ada baki inti tu nnti boleh buat lagi. Tq share resepi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama