TATACARA KETIKA MEMBELI DI MUSIM COVID 19. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: TATACARA KETIKA MEMBELI DI MUSIM COVID 19.

AFB Feeds

20 Mac 2020

TATACARA KETIKA MEMBELI DI MUSIM COVID 19.

Assalammualaikum & hello there! 

Semenjak PM dah umumkan untuk kawal pergerakan, dah tentu kita perlu juga ke pasaraya nak beli barang harian. Betul tak? Tak perlu sangat pun nak 'panic buying' dan menyusahkan orang lain. Jadi, perlu diingatkan juga untuk kita ambil langkah yang bijak ketika membeli sebelum terkena Covid-19. Bahaya tau! Om sendiri pun sangat berhati-hati, risau dijangkiti. 

Om share dengan korang tatacara ketika membeli di pasaraya : 

1. Pakai sarung tangan plastik bila ambil barang di rak-rak pasaraya. Virus ni boleh hidup di permukaan hingga 9 jam.

2. Pakai mask. Elak both direction. Pembawa tak sebar virus, virus pun tak boleh masuk ke rongga hidung, mulut dari luar.

Langkah selepas balik dari membeli : 

1. Jangan disambut oleh ahli keluarga terutama anak-anak. Elakan dari terus bertemu ahli keluarga lain.

2. Terus masuk ke dalam toilet, buka semua pakaian dan masukan dlm beg plastik untuk dicuci terus.

3. Baru buka mask dan sarung tangan. Terus buangkan dalam plastik khas. Jangan buang dlm tong sampah biasa. Virus boleh hidup jika ada host iaitu sisa-sisa makanan dlm tong sampah.

4. Mandi dan cuci dengan sabun dan dettol.

5. Baru keluar bertemu ahli keluarga.

6. Barang-barang yang dibeli, jangan terus guna. Sebaiknya biarkan di satu sudut simpanan khas selama 8 jam supaya jika ada virus pada barangan yg dibeli, boleh mati selepas 8 jam.




Jika beli makanan siap masak

1. Pastikan kedai yg bersih
2. Pastikan tiada crowd yg ramai menunggu 
3. Beli dan terus balik.
4. Balik ulangi tatacara mengurus diri seperti diatas tadi.
5. Makanan  siap masak yg dibeli boleh terus dihidangkan.
6. Sebaiknya elakan beli di luar. Masak sendiri di rumah.

Cara ini telah dibuat di China oleh mereka yg kena kawalan pergerakan/lockdown. Barulah efektif. Susah tak? Ya amat menyusahkan. 
Stay at home. Kita disiplin ikut arahan kawalan pergerakan. Maka cepatlah ianya berakhir.

Doa, solat, mengaji al Quran dan jaga diri.

Sumber : Facebook

12 ulasan:

  1. terima kasih atas tips yang berguna ni Om.. semoga kita semua dilindungi..

    BalasPadam
  2. With pray and hope... Stay healty...

    BalasPadam
  3. Kena ikut cara ini tapi seriously takut juga keluar beli barang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Virus ni merata di boleh p tapi mintak Allah lindungi kita.

      Padam
  4. bagus tips ni.. Tapi tadi, husband balik terus kemas. dengan anak2 tadi turun kemas. Harap tak ada apa².

    BalasPadam
  5. Husband lepas beli makanan terus cuci. Saya tak ambil port, sebab tugasku hanya memasak. haha

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Edited by OmbakBergigi.com