Assalammualaikum & hello there!

Hari ni hari kesepuluh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), masih bosan dan tak tahu nak buat apa dah. Berbaki 18 hari lagi, risau juga kalau Satu Malaysia nanti menyambut Ramadhan di rumah dan tak dapat nak berjemaah Tarawih di masjid, risau risau.

Rasanya dah heboh jugakkan tentang PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT - MATLAMAT 1 : LINDUNGI RAKYAT yang diwar-warkan oleh PM kita. Semua rakyat dah boleh tersenyum lebar dan kali ni semua golongan akan dapat manfaat.

Cuma daku sendiri tak faham apa lagi yang rakyat mahukan? Semuanya dah bagi dah, menteri potong gaji dua bulan, dapat 6 bulan tangguh daripada bayar PTPTN tapi nak 'STAY AT HOME' punyalah susah. Sedarlah kes Covid 19 kat Malaysia boleh cecah 3000 kes tau, kalau rakyat sendiri tak nak bagi kerjasama. Apa yang susah sangat nak duduk rumah pun tak tahulah.

Jadi, Om senaraikan segala nikmat yang kerajaan bagi di Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat :



1. Tambahan RM 1 billion kepada Kementerian Kesihatan untuk pembelian peralatan dan perkhidmatan memerangi COvid-19

2. Tanggungan kos ujian sehingga RM300 bagi pemegang polisi & sijil takaful perubatan.

3. Penangguhan pembayaran premium atau sumbangan ditawarkan oleh syarikat insurans & takaful keluarga yang terjejas untuk 3 BULAN.

4. Elaun khas RM600/SEBULAN kepdaa doktor dan kakitangan perubatan mulai 1 April 2020.

5. Elaun khas RM200/SEBULAN kepda tentera, polis, kastam, pertahanan awam, RELA yang terlibat mulai 1 April 2020.

6. Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1600 kepada isi rumah berpendapatan kurang daripada RM4000 sebulan.

7. Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1000 kepada isi rumah berpendapatan kurang daripada RM4001 - RM8000 sebulan.

8. Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan  berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan.

9. Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM250 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan  berpendapatan kurang daripada RM2001 - RM4000 sebulan.

10. Baki bawah Bantuan Sara Hidup dibayar pada JULAI 2020.

11. Bantuan RM200 seorang kepada pelajar pengajian tinggi.

12. RM25 JUTA untuk bantuan makanan, penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk rumah perlindungan, pusat bantuan dan gelandangan melalui kerjasama NGO & Usahawan Sosial.

Ada lagi 13 pakej rangsangan, boleh check sendiri di laman FB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk kepastian yang lebih lanjut. Tolonglah STAY AT HOME selama 18 hari lagi ni, ye memang lama tapi ini je lah satu cara untuk putuskan rangkaian Covid-19.

Nikmat apa lagi yang kau mahu dustakan? Kerajaan dah bagi macam-macam, degil jugak tak tahu nak kata apa.

3 Ulasan

  1. Harap la semua reti dok rumah lepas dapat tu kan.. kes yang ada sekarang kesan dari yang dua minggu lepas punya ni..

    BalasPadam
  2. Sapa yang tak reti duduk rumah. Tak payah bagi.

    BalasPadam
  3. kaaan.. ku pun tak faham why susah sangat rakyat nak hadam.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!