Assalammualaikum & hello there!

Om sendiri tak tahu kenapa gigih sangat nak survey langsir pasang siap. Hari ahad lepas, survey langsir di Romantika Setiawangsa dan semalam survey langsir di Kaison Setapak. Sekarang kalau tak budget dengan jayanya, memang duit akan mengalir macam air dan kita sendiri tak tahu duit tu beli apa dan kemana. 

Semenjak mengamalkan konsep tulis apa yang perlu dan minimunkan harga yang murah dan berkualiti, Om dah tekad apa jua nak beli kena senaraikan dulu. Kita ni perempuan lain sikit kerenah. Mula-mula nak beli ubat gigi, lastly habis satu supermarket nak angkut. Betul tak?

Inilah realiti kita sebagai perempuan. 


Om compare harga langsir di kedai mana yang murah nanti bila dah puas hati baru pergi beli. Pilih warna, harga dan terus bayar dan tak perlu nak bazir masa survey sampai ke sudah. Motif nak beli langsir sebenarnya, nak masuk rumah baru. Risau nanti lepas raya, duit dah tak ada untuk beli barang keperluan rumah baru. 

Alhamdullilah sekarang menunggu nak dapat kunci rumah, hampir 3 bulan tunggu ni tau. Dah terigau-igau nak masuk rumah baru, dapatnya masa raya mahu nak menangis. Nak masuk rumah baru banyak tau keperluan. Sekecil-kecil barang pun kita kena ambil kira. Boleh dikatakan langsir adalah barang yang terpenting untuk rumah baru, takkan nak tutup dengan kain selimut setiap tingkap. Betul tak?


Nak beli kain dan upah  jahit pun dah sama harga dengan langsir pasang siap. Baik daku beli yang dah siap. Bila promo, mana tahu lagi murah? Itulah yang Om harapkan nak raya ni adalah promo promo di Kaison or Romantika. Pening jugak tau survey harga dan kira bajet kita. Selain langsir, rod curtain pun penting jugak. 

Dah 2020, takkan nak pakai dawai lagi? Come on. Hehehehhe.. Rod curtain in syaa Allah nak beli di Ikea, katanya murah dan bagus. Lepas settle langsir ini, In syaa Allah nak fokus beli kuali pinggan mangkuk dan yang berkaitan dengan dapur. Moga diperluas rezeki Om ye!


10 Ulasan

  1. waalaikumussalam. wah camna nanti hasil langsir tu, excited nak tengok ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah nanti Om update entri tentang hasil langsir tu.. heheheh

      Padam
  2. Nampak title memang auto klik nak baca. sebab rasanya nak tukar langsir juga untuk raya tahun ini. so nak servay macam OM jugalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laju ea klik!! Hehehhehe.. survey je dulu langsir, nanti baru boleh bajet harga berapa. Ni nak raya mintak minta ada promo.

      Padam
  3. Betul Om! Memula nak beli ubat gigi pastu satu supermarket beli hahahaha. Ok ini lawak xx

    Baguslah Om survey one by one. Oh btw Syaza suka Romantika :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm tulah lumrah prempuan. Romantika mmg best, murah pun ya lawa lawa barang dia.

      Padam
  4. Phew~ seronok rasanya nak masuk rumah baru. tumpang teruja OM. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti Om update pasal rumah baru pulak ea..

      Padam
  5. Kita pulak teruja nak tengok hasil langsir dia. Kami pun baru tambah elok langsir rumah kami ni. Beli langsir day curtain dah 3 tahun, ni baru pasang lepas beli rod dari ikea

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!