Assalammualaikum & hello there!


Fuhh panjangnnya tajuk. Pernah tengok tak kat dapur korang? Ke tak pernah perasan? Ada sesetengah orang akan rasa nak buang sayang, nak makan rasa takut pulak. Jangan risau, lepas ni bukan lagi dilema. Om cadangkan lebih baik untuk korang buang kentang seperti ini. Tapi, kenapa perlu buang?


Sebenarnya, memakan kentang yang telah bertukar warna dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan korang berisiko kepada toksik semulajadi dikenali sebagai 'glycoalkaloids'. Kentang yang bertukar warna hijau ni mempunyai rasa pahit dan memakannya boleh menyebabkan cirit-birit, muntah dan sakit pada bahagian abdomen. Proses memasak kentang yang bertukar warna ni seperti membakar, mereus dan menggoreng tidak boleh menghapuskan toksik yang ada di dalam kentang.

Jadi, Om nasihatkan sebelum membeli pilihlah kentang :

1. Permukaan licin
2. Tidak berwarna hijau
3. Tidak mempunyai tunas.

Jangan hentam keromo je makan nanti bila sakit dah susahkan badan sendiri. Korang dah belajar sesuatu kan hari ni? Jom amalkan tips pilih kentang yang baik.




8 Ulasan

  1. Thanks for your informative article 😊

    BalasPadam
  2. Dulu pernah beli kentang yg bertunas.. so nampaknya kena pandai pilih lah kan.. Terima kasih sebab share~

    BalasPadam
  3. Jarang beli kentang yang ada tanah tu. Selalu beli kentang yang licin. Sini harga dalam 1 kg rm3. Sebab yang kentang rm1 1kg tu dia cepat bertunas dan banyak tanah. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ouhh patutlah kiranya makin mahal kentang susahlah dia nak bertunas

      Padam

Sila tinggalkan comment korang disini!