I is cannot brain ?!! - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: I is cannot brain ?!!

AFB Feeds

5 Mac 2020

I is cannot brain ?!!


Assalammualaikum & hello there!

Hampir 4 bulan dunia dilanda dengan virus covid 19. Sampai ke hari ni, kes covid 19 nak ceceha 100k kes dan hampir 3.5k kematian. Malaysia pun dah keluar kenyataan supaya rakyat Malaysia tak sesukahati keluar ke negara yang tengah darurat terutama China, Korea, Japan dan Turki. Sedangkan di Malaysia pun, kita dah risau merebak ke tempat-tempat tumpuan ramai.

Tapi “I is cannot brain” bila Air Asia buat promo kaw-kaw bulan lepas. Ada tu pergi balik Korea just ONLY RM200!! Hello?!! Kenapa kena buat sales dengan keadaan macam ni. Patutnya halang rakyat untuk tak keluar dari Malaysia. 

Lagi sakainya, pembeli macam tak kesah pergi bercuti terutama ke Korea, dengan bangganya. Inilah bila tak ada kesedaran dalam diri, itu yang jadi masalah pada orang lain. Covid 19 pun tak ada penawar mahupun vaksin. Hang suka-suka pergi bercuti, ingat pakai mask dah boleh selamat? Ingat antibodi hang kuat sangat? Kang balik bercuti tak pasal kena kuarantin. 

Tolonglah! Nak bercuti bukan dengan keadaan sekarang. Tahu hang ada duit dan jangan gila sangat dengan tiket AirAsia dan jangan sebab hang seorang, orang lain terlibat sana. Kang hang menyesal tak sudah, balik bercuti dapat penyakit.

Sekian, daripada suara masyarakat.

1 ulasan:

  1. itu la kan? Semurah-murah yang mungkin dia kasi. Ish ish.. Tak ku sanggup mengadai nyawa semata nak bercuti.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Edited by OmbakBergigi.com