BERAPA JAM SEKALI KITA KENA BUANG AIR KECIL?

Assalammualaikum & hello there!

BERAPA JAM SEKALI KITA KENA BUANG AIR KECIL | Om sendiri pun kerap buang air kecil sebab banyak minum air putih tapi pernah juga hampir separuh hari tak terasa nak membuang air kecil. Jadi, adakah ia boleh memudaratkan kesihatan kita?

Kita kena buang air kerap untuk "flush bacteria" dalam pundi kencing kita selain daripada untuk mengetahui kita cukup air dalam badan atau tidak. Jika kita jarang kencing ini bermakna  penghasilan air kencing adalah sangat sedikit dan ini akan menunjukkan perfusion ke buah pinggang jug sangat sedikit, kiranya memang tak baik untuk buah pinggang.


Jika nak mudah, cuba lihat warna air kencing, jika pekat macam air teh beerti kita tidak cukup minum air, dan minum kena lebih banyak air. Kita kena minum 3 liter sehari, penting jika mahu air kencing berwarna jernih macam air paip.

Air yang cukup adalah sangat penting untuk kesihatan kita. Ia mengawal keseimbangan mineral, suhu, tekanan darah dan pelbagai lagi proses kimia yang berlaku dalam tubuh kita.



Sumber : Majalah Kesihatan




5 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama