10 Perkara Aku Syukuri Semasa Covid19 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 10 Perkara Aku Syukuri Semasa Covid19

AFB Feeds

23 Mac 2020

10 Perkara Aku Syukuri Semasa Covid19

Assalammualaikum & hello there!

Om menaip entri ni sambil makan buah kedondong cecah garam dan bersantai di atas tilam. Selepas dah update senarai peserta Sunshine Giveaway, terus stalker ELLY MATIN , kononya petang ni nak blogwalking sebanyak yang boleh tapi tersangkut di entri Elly. "Apa 10 perkata aku syukuri semasa Covid19", not bad jugak idea Elly, apa lagi Om dengan gigihnya senaraikan 10 perkara tu.

Lets check it,


1. Since mengandung ni, memang 'I need REST' sebab tu kadang suami marah, awak ni bukan rest tapi malas. Orang lain mengandung jugak tapi tak malas. Kami ni dua jasad yang terpisah oleh jarak, seorang dekat PD, seorang dekat KL. Bila suami call je, mereput atas tilam, dah macam orang lumpuh. Itu yang kena perli dengan suami. Tapi syukur ada 14 hari untuk Om rehat.

2. Misi naikkan badan. Hmm bila dah start 'Stay at Home', memang sentiasa nak buka peti ais ke macam mana? Serious! Kerap makan, kiranya rutin makan seharian tu complete, breakfast, lunch dinner malah supper pun makan lagi. Andai kata naik berkilo and nurse marah, dont blame your food! Bila dah stress dengan kerja, adakah anda rasa ada masa untuk makan? Pikirkan

3. Bersyukur juga ada COVID 19, Om belajar untuk lebih jadi manusia yang alert dengan kebersihan. Contohnya, nak beli barang tu kena pakai hand sanitizer, sebelum ni macam tak kesah dan tak heran pun. Hentam keromo je, kadang kita ni balik membeli selamba je gosok gosok muka. Tapi sekarang, risau juga nak sentuh area muka sebab takut berjangkit.

4. Since Om terpisah jasad disebabkan jarak dengan suami, rasa lebih menghargai suami bila tiap kali suami call. Kami ni hampir setahun tak duduk sebumbung disebabkan kerja dua dua pihak. Masa kerja, kadang malam je dapat call tapi bila dah dua dua penat, esok pagi baru dapat call itu pun kalau dua dua tak sibuk. Doakan kami tahun depan duduk sebumbung!

5. Masa banyak habis dengan berita. Sebelum ni tak pernah nak kesah pun berita TV3, balik balik drama korea. Kadang tu sampai tak pernah tahu tentang berita. Macam useless kalau tak ambil info pasal Covid 19, hari hari tengok berita sebab tak nak dah cuti lama lama ni, sebab susah nak kemana mana.

6. Bagus juga 14 hari cuti ni, rajin sangat nak memasak. Lauk simple pun jadi. As long as MASAK! Bila dah rajin masak ni, macam macam nak makan tapi disebabkan risau 14 hari tu nanti berlanjutan kenalah masak 2 kali sehari je. Ikutkan nak masak sekali sehari tapi Om duduk rumah abang, kesian pulak dia nanti.

7. Baru tahu kakak ipar jenis melayan jugak! Yes, Om jenis balik keje terperuk dalam bilik. Keluar pun sebab nak usik anak buah kesayangan pastu masuk bilik semula. Keluar pulak pagi esoknya, macam tu lah rutin hidup. Sekarang, kalau boleh nak tido sekali ramai ramai depan tv layan cerita sampai pagi hahahhaha.

8. Pentingnya hidup berkongsi, dah duduk tumpang dengan abang dan kakak ipar takkan semua benda nak berkira. I learn how to share my money with them. Hari ni mereka beli lauk pauk, esok Om pulak. Macam tu lah kami sejak perintah berkurung. Kita tak boleh pikir perut sendiri, orang lain pun kita kena pikir jugak selagi ianya belum darurat.


9 dan 10, ehehhe Om dah kekeringan idea. Dah tak tahu nak senaraikan apa lagi, tapi Om BERSYUKUR dengan adanya Covid 19, laagi buatkan kita rasa sangat kecil disisiNya. Dengan hanya sebesar zarah je, dah mampu untuk lumpuh seluruh dunia apatah lagi Malaysia. Om harap dengan 14 hari ni, kita sama-sama STAY AT HOME bak kata PM! Jangan tambah dan burukkan lagi keadaan.

Om tak nak dah berkurung! SERIOUSSS BOSANN!!

3 ulasan:

  1. Setiap apa yang berlaku. Mesti ada hikmah yang baik Allah sediakan untuk kita. Cuma kita as manusia, kurang bersyukur dengan apa yang berlaku. Thank you for sharing ur story OM. Stay safe.

    BalasPadam
  2. Tahniah OM, jaga diri mak buyung! Stay safe k.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Edited by OmbakBergigi.com