Engineer Dalam Drama Tak Sama Dalam Realiti !! - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Engineer Dalam Drama Tak Sama Dalam Realiti !!

AFB Feeds

5 Februari 2020

Engineer Dalam Drama Tak Sama Dalam Realiti !!

Assalammualaikum & hello there!

Saya dengan ini mewakili sebahagian engineer ingin membuat petisyen, agar dihentikan segala PENIPUAN berkaitan kerjaya kami di dalam drama Melayu. Kesian makcik2 kena tipu tengok Samarinda TV3.

1. Kami tak berkemeja, bertali leher sepanjang hari. Berkot apetah lagi. Yang dalam drama mengaku engineer tapi pakai macam model tu dia lebih layak jadi pramugara bukan jurutera.



2. Kami takde usung drawing kulu kilir macam dalam drama. Oklah kadang2 ada bila nak berlakon busy tapi tak selalu. Bos pun boleh hidu. Kami pakai CAD di alam maya dah sekarang ni.

3. Bilik sendiri? Jangan kata senior engineer; senior engineering manager pun kadang dok sebaris dengan marhaen. Nasib baik sikit dapat cubicle asing. Dalam drama kemain, pangkat tinggi sikit bilik macam karaoke room VIP.... (part belakang telah diedit semula atas tapisan LPF😛)

4. Kami takde secretary syarikat datang hulur fail pastu selak2 sain, selak2 sain ataupun selak2 kain.

5. Perbezaan last paling ketara; rupa lah. Jarang engineer jambu dan bermuka polos. Paling kacak pun boleh jumpa macam yg dalam gambar ni.

Mana engineer yg setuju sila komen di bawah.

Bantulah makcik2 eksaited nak dapat bakal menantu engineer. Yang didamba ala Aeril Zafril; namun yg muncul persis Aerial TV.


Sumber : FB

6 ulasan:

  1. Hahaha fakta ni. Walaupun bukan dalam bidang ni, tapi banyak sedara mara kawan2 engineer ni macam ni. Baju kemeja tu dalam sekali dua je nampak pakai pun

    BalasPadam
  2. hahha... susah bila penggiat seni tak berapa nak buat research alam pekerjaan lain... itu yang timbul isu macam cikgu Suraya tu *facepalm, kenapalah nama aku

    BalasPadam
  3. Agree. Takde yang datang site lawa-lawa. Kepam semuanya.. Paling benci cerita yang keluar cerah, balik cerah. Reality kerja KL ni keluar gelap, balik gelap

    BalasPadam
  4. waalaikumussalam. tu la bagitau kat anak2, apa yg ada dalam drama tv tak semestinya betoi. walaupun kompleks untuk budak darjah 3 tapi nak habaq jugak ke depa. hahahaa

    BalasPadam
  5. hahahaa funny but itulh realitinya. makcik2 sila terima yee wakakaka

    BalasPadam
  6. biasalah drama. semua nak tunjuk yg indah-indah belaka..adoi~haha ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Edited by OmbakBergigi.com