Assalammualaikum & hello there!

TAK TAULAH KENAPA BERAT TAK TURUN LAGI NI, SAYA BUKAN MAKAN BANYAK MANA PUN | Yes situasi yang ni selalu berlakukan? Misteri berat tak turun turun walaupun lunch makan sesuap nasi je dengan beberapa carik ayam rebus, kenapa jadi macam ni?



Sebab? Banyak makan kalori tersembuni yng tanpa sedar. Korang je tak perasan tapi cuba check balik ada tak buat benda benda kat bawah ni?

1) MAKAN DALAM KERETA

Sambil travel, sambil nak pergi kerja, makan masa tengah jammed, makan masa boring drive balik kampung. Makan pulak keropok atau potato chips. Tiba tiba dah nak dekat 500 kalori kat makanan tu je.

2) MASAK SAMBIL RASA

Dah la masak makanan yang tak healthy cooked, pastu asyik mengulang rasa je. Setiap suduh kuah ada kalori tau. Ataupun yang suka baking dessert ni, sambil baling sambil ngap masuk mulut.

3) PORTION MAKANAN

Ni saya dah selalu cakap dah. Makan yang sihat pun kalau portion berlebihan, juga tak bagus. Contoh, peanut butter tanpa gula. Portion recommended 1 sudu kalaj maka bersudu-sudu, sama je sisi. Kalori tetap kalori, lemak tetap lemak.


4) KALORI DARIPADA AIR

Stop minum air manis. Minum air kosong. Air kosong zero calorie. Titik.

5) SOS & DRESSING

Hari-hari konon nak makan sandwich telur rebus atau tuna in water atau subway wrap orsalad. Tapi sos and dressing dia tu, masyaAllah menjejes-jejes terkeluar.

6) MAKAN SEBAB BAHAGIA

I tak lapar pun tapi suami I ajak teman dia dinner. Terpksa makan juga tak nak bagi dia merajuk tapi makan sampai bertambah-tambah. Ataupun bahagia tengok anak makan sedap rasa berselera pulak. Makan bukan sebab lapar tapi sebab emosi. Jaga-jaga, makan malam sebab bahagia ni cepat je naik badan tanpa sedar tau!

Ada tak situasi ni yang korang pernah buat? So dah tahu kenapa berat tak turun turun? Share kawan-kawan korang untuk sebarkan info ni. Tak ada yang misteri pun bila diet ni cuma kita je yang selalu tak sedar.


3 Ulasan

  1. Paling bahaya adalah makan sebab bahagia. Alasan mummy yang bf pulak, lapar susukan anak..kena makan...betul ke?

    BalasPadam
  2. https://yamanaimy.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Kak Aini,, hahaha itu alasan yang paling best tu. Sebab bf tak bolrh lapar.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!