Azam Dua Puluh Dua Puluh - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Azam Dua Puluh Dua Puluh

AFB Feeds

1 Januari 2020

Azam Dua Puluh Dua Puluh

Assalammualaikum & hello there!

Selamat Tahun Baru, 2020 semua!! Semalam countdown di mana? Ke duduk rumah je? Om semalam keluar dalam kol 11.30 pm macam tu, tengok bunga api di tepi highway LRT Sri Rampai. Mulanya sangkakan KLCC ada bunga api, tunggu punya tunggu tak menjelma pun. Hampeh gitu jer..



Jadi, tahun dah baru, azam mestilah dah baru kan? Om tak nak cerita azam tahun lepas hari ni, esok lusa baru Om cerita. Entri pertama ni, Om nak kongsikan azam 2020 pulak. Are you ready to complete it for this year? Let's go!!

1) Nak mula business baru.

Isteri mana yang tak nak bantu kewangan suami dia? Betul tak? Dah 2020 kan? No more konsep suami sorang je yang kerja. Tak dapat buat full time, in syaa Allah kita buat part time. Dalam otak ni dah target nak business, tapi bila tak ada pengalaman. Sekurang-kurang, kita buat costing material dulu kan? Buat pengiraan semua tu. Tak boleh nak hauk, at the end terkubur macam tu jer business.

2) Tak nak kerja site.

Rasanya azam yang ni mungkin dalam mimpi lagi, tapi tak salah berazam kan? Hahahhaa masih was was tapi nanti dh pregnant takut menyusahkan orang sekeliling pulak kan? Om usahakan azam ni dengan sungguh sungguh.

3) Beli Rumah baru.

Tentang rumah ni sebenarnya.. eh nantilah Om cerita pasal rumah ni. Ni termasuk azam 2020 tau.



4) Aim 1 Juta PageViews Blogger

Tak salah pun, bring forward azam di tahun tahun yang lepas. Kalau boleh tiap tiap bulan nak aim lebih dari 10K PV per bulan. Takut jugak tau nak azam macam ni. Tapi kalau tak berazam, sia sia jer jadi blogger.

Rasanya tahun ni tak banyak sangat azam macam tahun lepas. Risau gak bila tak dapat nak complete. Tahun ni agak mencabar juga tau. Bukan senang tapi tak mustahil nak challenge diri sendiri. Siapa lagi yang nak buatkan kalau bukan diri kita? Sesuatu perkara yang mustahil kalau tak berusaha  memang mimpi disiang hari.

Apa azam 2020 korang?

3 ulasan:

  1. Selamat Tahun Baru om.. sempat lagi bah kan nak wish hehe..
    Semoga apa yg dihajatkan tercapai, dipermudahkan, dan dimurahkan rezeki ..
    InsyaAllah.. aamiinn...

    BalasPadam
  2. good luck utk semua azam, OM.
    aida ada 1 azam yg nak capai --> masak resepi yg aida save kat phone ha ha ha ha...
    bertahun dok save, buat nyer tak :)
    tgk la brape % yg aida dpt capai.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com