2020 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 2020

AFB Feeds

Hidden History #8 | Pedang Muhammad Salih

Hidden History #8 | Pedang Muhammad Salih

Assalammualaikum dan hai semua!

Pedang milik Muhammad Salih dari Kampung Payang Kayu Kuala Berang, Terengganu bertarikh 1835.

Di buat dari Besi, Gading, Emas, dan Kayu, senjata ini berasal dari  Utara Sumatera kemungkinan Aceh dan di perindahkan lagi oleh pemiliknya. 

Sumber Pameran di The Metropolitan Museum of Art of New York City.


Sumber : Telegram Hidden History
Movie Review | 1917

Movie Review | 1917


Assalammualaikum & selamat malam semua! Movie review kali ini Om ingin mengulas sebuah filem yang berdasarkan daripada cerita sebenar iaitu filem '1917'. Filem ini sudah ditayangkan pada 16 Januari 2020 dan cerita ni dah pun berlaku dalam dunia realiti ketika Perang Dunia Pertama.

Sinopsis 1917


Filem 1917 yang berdurasi selama 160 minit ini mengisahkan tentang dua orang tentera muda British  di perang dunia pertama iaitu George MacKay sebagai Schofield dan Dean-Charles Chapman sebagai Blake. Kisah 1917 ini adalah kisah benar yang diceritakan semula oleh datuk kepada pengarah cerita ini iaitu Sam Mendes. 

1917 adalah kisah dimana perjalanan Schofield dan Blake mendapat arahan untuk menghantar surat kepada Leftenan Mckenzie (rejimen devions). Mereka perlu merentasi kubu pertahanan Jerman dan menyampaikan surat daripada pegawai tinggi agar menghentikan serangan terhadap musuh. Tetapi, Blake mati ditikam oleh juruterbang Jerman yang terhempas ketika berperang dengan British di ruang  udara.


Schofield, berusaha untuk menghantar surat tersebut dan menempuh pelbagai cabaran termasuk hampir berkali-kali ditembak oleh tentera Jerman. Jika Schofield gagal menghantar surat tersebut, seluruh rakan tenteranya mati (1600 tentera), ini kerana Jerman sudah membuat perangkap untuk berlawan dengan British. 

REVIEW

Siapa je yang tak suka dengan genre perang? Apa yang menarik, Om suka dengan ketabahan Schofield bila terpaksa berdepan dengan kematian kawan baik dia, Blake. Mati pun sebab ditikam oleh musuh. Cerita ni jadi seram bila sound effect dia seolah-olah musuh dah get ready nak tembak mereka ni. Its not easy to carry a mission sorang-sorang. 


Dari segi tempat dan penggambaran, memang nampak sangat hidup apatah lagi di tambah dengan teknik kamera ‘one shot’, seolah sedang berlaku di dunia. Tak nampak macam tengah penggambaran. Patutlah filem 1917 ni berjaya menggondol trofi Filem Terbail Anugerah Golden Globes 2020 dan tersenarai dalam Anugerah Oscar. 

RATE

Dengan ini Om memberi 5/5 bintang.
BLOGLIST 2020 by nasihattermasyhur

BLOGLIST 2020 by nasihattermasyhur



Assalammualaikum & hello there!

BLOGLIST 2020 by nasihattermasyhur | Siapa yang free tu jemput join segmen ni juga. Mari kita sama sama memeriahkan segmen NASIHATTERMASYUR.  Rugi tak join! Klik banner untuk join.




1 HARI, 1 ENTRI. APA KESANNYA?

1 HARI, 1 ENTRI. APA KESANNYA?

Assalammualaikum & hai semua!

1 HARI, 1 ENTRI. APA KESANNYA? | Sebagai seorang blogger, menaip entri setiap hari walaupun cuma satu entri sangat memberi kesan kepada trafik blog. Om sendiri samapai kebuntuan cari idea entri, kadang hampir lewat malam baru publish entri. Sebelum ni, memang Om abaikan update blog, pernah juga sebulan 2-3 kali update entri. Kita sendiri pun bila blogwalking blog orang lain, akan muak juga tiap kali buka blog dia, entri sama macam dua bulan lepas. Kita nak expect apa bila orang lain buat benda yang sama pada blog kita since kita tak update blog.



Apa kesannya bila update blog setiap hari?

1. Tarik kepercayaan silent reader untuk baca blog.

Penting sebenarnya tau nak tarik kepercayaan pembaca. Sama macam kita berniaga, nak jual produk kita kena bagi customer percaya dengan produk kita. Betul tak?  Bukan mudah tapi tak mustahil, bila setiap hari kita update sekurang-kurang pembaca tahu blog kita aktif dengan entri-entri yang baru. Bukan ke ini bagus untuk trafik blog? Fikirkan...

2. Peluang tarik client untuk bagi job.

Bila dah hari-hari update blog, client akan tertarik untuk bekerjasama dengan kita. Bukan ke ini sumber pendapatan kita? Client pun seronok bila blog kita diupdate setiap hari, di situ client tahu kita merupakan blogger yang aktif. Untung sebenarnya tau, client ni tak putus putus contact kita untuk bagi job.

3. Pageviews & rangking alexa makin meningkat

Ini adalah hasil bila update blog tiap hari. Suka kan bila pageviews meningkat? Nak PV berjutaa, kena update blog hari-hari. Kita tak nampak sekarang, nanti bila PV dah berjuta baru kita sedaar usaha update blog tu membuahkan hasil. Penting juga tau ranking alexa, makin hari update, peluang untuk di ranking alexa sangat tinggi.

Banyak lagi kesan update blog setiap hari, Om bagi 3 kesan untuk kesedaran blogger yang lain. Om sendiri pun hampir lewat malam baru nak update. Om harap korang rajin rajinlah update blog untuk kepentingan diri sendiri dan moga bermanfaat kepada pembaca.

Fikirkan...



CARA DAFTAR AKAUN PAYPAL DENGAN BETUL.

CARA DAFTAR AKAUN PAYPAL DENGAN BETUL.

Assalammualaikum & hello there!

CARA DAFTAR AKAUN PAYPAL DENGAN BETUL | Hari ni gigih daftar akaun paypal, sebelum ni memang dah niat nak daftar tapi manjang tangguh. Jadi, hari ni berkesempatanlah nak daftar, lagi pun bukannya susah dan tak perlu pun pergi ke kaunter bank. Semuanya di hujung jari. Korang tahu tak PAYPAL? Let's read.

PAYPAL adalah salah satu pembayaran yang selamat dan diterima di 203 buah negara seluruh dunia termasuk Malaysia. 

Perlu ke buat Paypal? Sebagai seorang blogger, memang sangat perlu paypal ni, ini kerana blogger boleh berurusan dengan company luar negara yang memerlukan khidmat review mahupun penulisan di blog. Apa yang Om suka tentang Paypal, kita dapat tukar matawang luar negara kepada matawang Malaysia dengan begitu mudah iaitu terus masuk ke akaun milik diri sendiri dalam masa beberarap hari tanpa sebarang gangguan.

Best kan? Tak perlu susah-susah nak ke kaunter bank, guna hujung jari semuanya boleh settle. Jadi, Om nak ajar korang cara daftar akaun paypal dengan betul.


1. Pergi ke laman web utama PAYPAL

2. Klik pada bahagian, SIGN UP.


3. Nanti, akan keluar part DUA PILIHAN, jadi korang pilih betul-betul ikut kehendak dan nawaitu korang gunakan paypal. Untuk blogger, pilih pilihan 2.

Pilihan 1 - untuk shopping dan lakukan pembayaran online kepada orang lain.
Pilihan 2 - untuk menerima pembayaran daripada orang lain. 

4. Isi email korang, email ni jangan yang dah bertahun tak buka. Email perlu yang selalu aktif dan jangan lupa password email.

Nanti akan dapat email daripada paypal untuk confirmation alamat email yang didaftarkan. 



5. Bila dah dapat email daripada Paypal, sila sahkan dan automatik korang dah ada akaun paypal. 

6. Korang kena log in sekali lagi beserta password yang korang daftarkan, korang kemaskini maklumat korang di Setting, belah kanan sekali tu. 

Masukkan semua maklumat dengan tepat ye!


7. Untuk isi nombor akaun, korang klik pada Account settings > Business profile > Money, banks and cards.

Isi segala details bank akaun korang di dalam bahagian yang disediakan. 

Jadi, apa tunggu lagi?? Bukannya susah pun kan, sonang jor! Klik klik, isi isi detail dan siap! Dengannya ada akaun paypal, Om harap boleh guna untuk terima payment daripada syarikat luar yang mahu bekerjasama dengan Om. In syaa Allah, moga di limpahkan rezeki. 

Giveway bersama nieyl

Giveway bersama nieyl



Assalammualaikum & hello there!

GIVEAWAY BERSAMA NIEYL | Siapa yang free tu jemput join segmen ni juga. Mari kita sama sama memeriahkan segmen NIEYL. Hadiah pun menarik jugak tau. Korang macam mana? Takkan tak join giveaway ni? 

Rugi tak join! Klik banner untuk join.




LIRIK LAGU ACHEY | SAKIT

LIRIK LAGU ACHEY | SAKIT



Sakit
Aku rasakan
Terlalu dalam
Pedih

Kau mengapa berubah
Pada waktu aku
Benar-benar cinta
Pada dirimu

Tak perlu kau ucap
Kau bukan terbaik buat diriku
Sedang kau cuba menjadi
Yang terbaik untuk dirinya

Ku terima takdir ini
Andainya kau bukan milikku lagi

Bahagilah engkau bersama dirinya
Moga tak kecewa

Tak perlu kau ucap
Kau bukan terbaik buat diriku
Sedang kau cuba menjadi
Yang terbaik buat dirinya

Ku terima.. takdir ini
Andainya kau bukan milikku lagi
Bahagialah engkau bersama dirinya
Moga tak kecewa

Telah tertutup hati
Buat dirimu
Jangan kau kembali
Pada diri ku

Sakit...


Perlu Ke Minta Izin Suami Sebelum Keluar?

Perlu Ke Minta Izin Suami Sebelum Keluar?

Assalammualaikum & hello there!

Meminta izin suami sebelum keluar rumah...

"Hello, you kat mana...?"

I kat Mid Valley ni...Bosan stay kat rumah...

"Kenapa keluar rumah tak bgtau I...?"

Lor, kena bgtau u ke...Kolot la u ni...2020 dah kan...

Apa hukum isteri keluar rumah tanpa izin suami?

Melalui sudut agama, hukum isteri keluar rumah tanpa izin suami adalah HARAM...bila dah jatuh haram, klu buat, apa jadi? Berdosa besar...

Tak kisah la ini tahun 2020 ke, tahun 2040 ke, klu dah namanya org islam, isteri kpd seorang suami, maka tetap kena mintak izin sebelum keluar...

Ketetapan ini bukan tujuan mengongkong pergerakan si isteri, tp adalah kerana diri si isteri itu dari hujung rambut sampai hujung kaki adalah dibawah tanggungjawab seorang suami...suami perlu tahu ke mana isteri pergi, apa tujuan isteri ke destinasi tersebut.



"Kamal, aku nampak isteri kau kat Mid Valley..."

Ish kau ni, memandai ja...dia kat umah la...

"La, btol, isteri kau dgn kawan2 dia td...aku tak tipu..."

Suami balik tanya isteri, isteri mengaku dia memang keluar tanpa pengetahuan suami...apa yg jadi? Sikap isteri itu boleh mendatangkan fitnah disebabkan suami tidak mengetahui status isteri...suami beranggapan dia dirumah, tp ada org lain jumpa di luar...

Itu sebabnya isteri kena mintak izin, utk nak mengelakkan fitnah...

Klu ada mulut yg sampaikan ke pengetahuan suami, jika suami tahu status isteri, dan isteri ada di destinasi tu dgn kebenaran, maka suami  sendiri akan jelaskan kepada org tersebut...

Simple...

Bolehkah isteri dianggap nusyuz jika dia keluar rumah tanpa kebenaran?

Keluar rumah tanpa kebenaran juga dianggap nusyuz...hukum nusyuz juga haram dan berdosa besar...

Islam tidak meletakkan satu ketetapan utk mengehadkan pergerakan isteri, tp ini bertujuan utk memelihara diri si isteri drpd fitnah...

Jika keluar dgn tujuan bekerja, menghantar anak sekolah, ke pasar, yg merupakan rutin seorang isteri, maka memadai dgn meminta izin sekali sahaja...jika urusan kecemasan, dibolehkan keluar tp segeralah cari peluang utk memberitahu suami ttg keadaan yg dihadapi...

Jgn pandang ringan, jgn ambik mudah...meminta izin perlu dilakukan sebelum keluar dari rumah dan bukannya ketika dah tiba ke destinasi yg ingin ditujui...

Meminta izin dan memberitahu adalah 2 perkara yg berbeza...



Sumber : FB Firdaus Syakirin
UV PV OMBAKBERGIGIDOTCOM DISEMBER 2019

UV PV OMBAKBERGIGIDOTCOM DISEMBER 2019


Assalammualaikum & hello there!

Sebelum ni macam tak kisah je dengan UV, PV & BR. Masuk 2020 ni, dah gigih nak jaga blog yang sangat usang. Tak faham dengan diri sendiri, mood blogging ni manjang naik dan turun. Hari ni gatal-gatal usha google analytics sebab dah kekeringan idea update entri, maka terjadilah entri ni.

Unique Visitors  (UV) : 3,213
Page Views (PV) : 4,714
Bounce Rate (BR) : 88.60%

 Yes, blog ni masih sendu tapi tak pa OM usahakan lebih bulan ni. In syaa Allah, UV PV tu akan menaik dan BR akan menurun. Nothing imposibble!!

Hidden History #7 | KOLAM AIR PANAS GRAND PRISMATIC

Hidden History #7 | KOLAM AIR PANAS GRAND PRISMATIC

Assalammualaikum & hello there!


Korang tahun tak, gambar di atas tu merupakan Kolam Air Panas Grand Prismatic di Taman Negara Yellowston di Amerika Syarikat.

Kolam ni terbesar di Amerika dan ketiga di dunia!

Kolam air panas ni mempunyai pelbagi warna yang menarik dan cantik seperti oren, merah, biru, hijau dan kuning.


LIRIK LAGU ERNIE ZAKRI | GUNDAH

LIRIK LAGU ERNIE ZAKRI | GUNDAH


Assalammualaikum & hello there! 

Cinta yang kau beri ku penuh rasa
Lelah, rindu juga bahagia
Lebur hatiku dengan kata kata
Dunia hancur punah retak sejuta

Setelah aku kau pergi meinggalkan
Terkaku ku dalam kegelapan

Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun Dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu

Simpan segalanya 
Teguh agar jiwa tiada rasa

Akulah rindu yang kau bawa pergi
Tenggelam bersama senja hari
Dan malam ku penuh dengan emosi
Ku pendamkan walau parah ku sembunyi

Setelah aku kau pergi meinggalkan
Terkaku ku dalam kegelapan

Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun Dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu 

Simpan segalanya 
Biar pudat semua
Agar jiwa ini tiada rasa

Telah ku gagah bertahan
Namun rapuhnya
Tapi ku rela
Jiwa ku bersamamu!

Apa jua namun Dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu

Setelah aku kau pergi meinggalkan
Terkaku ku dalam kegelapan

Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun Dia tahu
Cintaku Satu 

Simpan segalanya 
Teguh agar tiada rasa







TAK TAULAH KENAPA BERAT TAK TURUN LAGI NI, SAYA BUKAN MAKAN BANYAK MANA PUN?!!

TAK TAULAH KENAPA BERAT TAK TURUN LAGI NI, SAYA BUKAN MAKAN BANYAK MANA PUN?!!

Assalammualaikum & hello there!

TAK TAULAH KENAPA BERAT TAK TURUN LAGI NI, SAYA BUKAN MAKAN BANYAK MANA PUN | Yes situasi yang ni selalu berlakukan? Misteri berat tak turun turun walaupun lunch makan sesuap nasi je dengan beberapa carik ayam rebus, kenapa jadi macam ni?



Sebab? Banyak makan kalori tersembuni yng tanpa sedar. Korang je tak perasan tapi cuba check balik ada tak buat benda benda kat bawah ni?

1) MAKAN DALAM KERETA

Sambil travel, sambil nak pergi kerja, makan masa tengah jammed, makan masa boring drive balik kampung. Makan pulak keropok atau potato chips. Tiba tiba dah nak dekat 500 kalori kat makanan tu je.

2) MASAK SAMBIL RASA

Dah la masak makanan yang tak healthy cooked, pastu asyik mengulang rasa je. Setiap suduh kuah ada kalori tau. Ataupun yang suka baking dessert ni, sambil baling sambil ngap masuk mulut.

3) PORTION MAKANAN

Ni saya dah selalu cakap dah. Makan yang sihat pun kalau portion berlebihan, juga tak bagus. Contoh, peanut butter tanpa gula. Portion recommended 1 sudu kalaj maka bersudu-sudu, sama je sisi. Kalori tetap kalori, lemak tetap lemak.


4) KALORI DARIPADA AIR

Stop minum air manis. Minum air kosong. Air kosong zero calorie. Titik.

5) SOS & DRESSING

Hari-hari konon nak makan sandwich telur rebus atau tuna in water atau subway wrap orsalad. Tapi sos and dressing dia tu, masyaAllah menjejes-jejes terkeluar.

6) MAKAN SEBAB BAHAGIA

I tak lapar pun tapi suami I ajak teman dia dinner. Terpksa makan juga tak nak bagi dia merajuk tapi makan sampai bertambah-tambah. Ataupun bahagia tengok anak makan sedap rasa berselera pulak. Makan bukan sebab lapar tapi sebab emosi. Jaga-jaga, makan malam sebab bahagia ni cepat je naik badan tanpa sedar tau!

Ada tak situasi ni yang korang pernah buat? So dah tahu kenapa berat tak turun turun? Share kawan-kawan korang untuk sebarkan info ni. Tak ada yang misteri pun bila diet ni cuma kita je yang selalu tak sedar.


Asah Bakat Terpendam.

Asah Bakat Terpendam.

Assalammualaikum & hello there!

Semalam, lepas balik makan, niatnya memang nak tidur. Adik pula kata, "kau dah g kelas makeupkan, makeupkan aku lah". Terbantutlah niat nak tidur petang. Kiranya petang semalam, dekat 2 jam makeupkan adik. Hahaha, terlalu lama sebab spoil masa pakai bulu mata.


Inilah hasilnya, belajar kat kelas makeup, Om apply dekat muka dia. Siapa je yang tak kekok bila makeupkan muka orang? Om ambik kelas ni, just for fun and asah bakat. Tak naklah tiap pagi raya, muka macam ketupat basi. Takkanlah nak pergi wedding orang, muka sememeh. At least, I know that skill and need more practice.

Practice makes perfect, right?
Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Ini adalah sticky post sehingga 31 January 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu..

Nyatakan hadiah nombor berapa yang menjadi pilihan korang, OM NAK NO 4.

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

 http://www.mamapipie.com/2020/01/giveaway-tahun-baru-2020.html


Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom


  1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negata jiran kalau mama buat segment bolehlah join nanti ye.
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom". Tepek banner di atas beserta link ke post ini juga ye. Dalam post tu korang kena nyatakan hadiah nombor berapa yang menjadi pilihan korang. Mama akan randomly pick pemenang berdasarkan hadiah yang dipilih. Total ada 4 Hadiah.
  3. Wajib Follow blog mama: http://www.mamapipie.com
  4. Wajib Follow FB page: https://m.facebook.com/mamapipie/
  5. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang (ini mama akan check satu-satu).
  6. Wajib Subscribe YouTube: https://m.youtube.com/channel/UCeU4OMTRsXMlU3WNy-FJUUA
  7. Digalakkan Follow Media Social Mama (ni tak wajib) || FB | Twitter | Instagram |   
  8. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  9. Pemilihan pemenang akan berpandukan En Random.org atau terpulang jika mama tetiba rajin nak pilih secara manual, mama akan pilih secara manual.

Tu je lah. Mudah saja kan. Bagi sesiapa yang ada masalah untuk nak buat perkara di atas dengan alasan munasabah mama tetap akan terima penyertaannya. Dun worry OK!


Hadiah Giveaway Tahun Baru Mamapipiedotcom 2020


Hadiah akan diberikan bagi 4 orang peserta bertuah. Walau bagaimanapun jika penyertaan melebihi 60 orang mama akan tambah lagi hadiah.. Setiap peserta akan di pilih berdasarkan hadiah yang menjadi pilihan korang.

Hadiah 1




Blouse design 1, warna kuning cair/cream. Free size Boleh refer size di bawah

Bahu 15
Dada 40
Ketiak 18
Labuh baju 30


Hadiah 2



Blouse design 2, warna peach. Free size Boleh refer size di bawah (sorry anak panah tu macam confusing sikit)

Bahu 15
Dada 40
Ketiak 18
Labuh baju 30


Hadiah 3



Set perfuma dan mandian Royale, Ada 3 barang dalam ni perfume, body mist Dan shower gel. Bau wangi u ol. Boleh jadikan hadiah buat yang tersayang juga ni


Hadiah 4


Wang tunai RM50 (akan terus bank in ke akaun korang)


Segment ini berakhir pada 20/01/2020 11.59 Malam.

SEGMEN BLOGLIST 2020

SEGMEN BLOGLIST 2020



Assalammualaikum & hello there!

SEGMEN BLOGLIST 2020 | Siapa yang free tu jemput join segmen ni juga. Mari kita sama sama memeriahkan segmen TIARA SAPPHIRE. Hadiah pun menarik jugak tau. Korang macam mana? Takkan tak join giveaway ni? 

Rugi tak join! Klik banner untuk join.




Azam Dua Puluh Dua Puluh

Azam Dua Puluh Dua Puluh

Assalammualaikum & hello there!

Selamat Tahun Baru, 2020 semua!! Semalam countdown di mana? Ke duduk rumah je? Om semalam keluar dalam kol 11.30 pm macam tu, tengok bunga api di tepi highway LRT Sri Rampai. Mulanya sangkakan KLCC ada bunga api, tunggu punya tunggu tak menjelma pun. Hampeh gitu jer..



Jadi, tahun dah baru, azam mestilah dah baru kan? Om tak nak cerita azam tahun lepas hari ni, esok lusa baru Om cerita. Entri pertama ni, Om nak kongsikan azam 2020 pulak. Are you ready to complete it for this year? Let's go!!

1) Nak mula business baru.

Isteri mana yang tak nak bantu kewangan suami dia? Betul tak? Dah 2020 kan? No more konsep suami sorang je yang kerja. Tak dapat buat full time, in syaa Allah kita buat part time. Dalam otak ni dah target nak business, tapi bila tak ada pengalaman. Sekurang-kurang, kita buat costing material dulu kan? Buat pengiraan semua tu. Tak boleh nak hauk, at the end terkubur macam tu jer business.

2) Tak nak kerja site.

Rasanya azam yang ni mungkin dalam mimpi lagi, tapi tak salah berazam kan? Hahahhaa masih was was tapi nanti dh pregnant takut menyusahkan orang sekeliling pulak kan? Om usahakan azam ni dengan sungguh sungguh.

3) Beli Rumah baru.

Tentang rumah ni sebenarnya.. eh nantilah Om cerita pasal rumah ni. Ni termasuk azam 2020 tau.



4) Aim 1 Juta PageViews Blogger

Tak salah pun, bring forward azam di tahun tahun yang lepas. Kalau boleh tiap tiap bulan nak aim lebih dari 10K PV per bulan. Takut jugak tau nak azam macam ni. Tapi kalau tak berazam, sia sia jer jadi blogger.

Rasanya tahun ni tak banyak sangat azam macam tahun lepas. Risau gak bila tak dapat nak complete. Tahun ni agak mencabar juga tau. Bukan senang tapi tak mustahil nak challenge diri sendiri. Siapa lagi yang nak buatkan kalau bukan diri kita? Sesuatu perkara yang mustahil kalau tak berusaha  memang mimpi disiang hari.

Apa azam 2020 korang?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com