Assalammualaikum & hello there!

"Saya 'sombong' sebab saya ni isteri orang..."

Bila dah jadi isteri orang, adakalanya perlu untuk kita jadi 'sombong'.

Bukan sombong yang menjengkelkan, tapi sombong jenis yang tidak terlalu peramah, tidak terlalu baik dan tidak terlalu melayan wanita yang tidak mempunyai pertalian dengan kita, siapa? Orang luar dari rumahtangga kita especially kaum adam di tempat kerja dan di media sosial.


Sebab kita ni isteri orang.

Perbuatan terlalu ramah, terlalu baik, terlalu melayan akan menimbulkan konflik dalam rumahtangga sendiri.

Dia datang minta tolong tentang kerja, kita tolong hanya tentang kerja. Dia nak suruh hantar dia balik rumah dia ke, nak suruh tolong beli barang dekat dia ke, dia lapar tak makan lagi ke, tiada orang teman dia pergi shopping ke, dia takut tidur seorang diri ke, itu dah di luar bidang kerja kita dan kita tidak dipertanggungjawabkan untuk membantu dia selagi dia masih bertangan, berkaki, celik, tak pekak, tak bisu dan tak gila.

Dia boleh buat sendiri kan.

If dia ada masalah, suruh dia cari kaunselor or ustazah. Kita nak dengar masalah dia? Boleh, tapi jangan sampai ada rasa yang kita wajib kena selesaikan masalah dia, jangan sampai hanya kita sahaja bantu dia dalam dunia ni. Nak simpati pun boleh, nak rasa kesian pun boleh, tapi jangan sampai ada perasaan lain disebalik simpati dan kesian itu. Dengan erti kata lain, berpada-pada lah.

Husband kite!

Jangan menangguk di air keruh.

Bercakap bila perlu, melayan bila perlu, berhubung hanya bila perlu. Jika tiada apa-apa kepentingan or keperluan, just take care of yourself and your family 1st before you take care about others. Jaga pergaulan kita tu. Islam first!

Peramah kita, kebaikan kita dan layanan kita hanya untuk suami dirumah. Always remember that because kita ni someone's wife.

Saya langsung tak kisah orang kata saya "sombong" as long as saya tahu apa yang saya buat itu adalah untuk kebaikan rumahtangga sendiri. Akhir kalam,

"I don't live by people's compliments or die by their criticism"



Sumber : FB Firdaus Shakirin

6 Ulasan

  1. yeap.... S E T U J U! lantaklah apa orang nak cakap, "orang lain pun kahwin jugak bla bla bla... peduli plak hahahaha yang penting suami kita bahagia dengan kita..

    https://blogeyja.blogspot.com/2019/12/things-i-regret.html

    BalasPadam
  2. Betul lah tu.....tak kisah orang nak kata kita sombong asal kita tahu kenapa kita buat macam tu.

    https://yamanaimy.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. mcm komen aeril zafril jer :)
    "saya sombong sebab saya suami org".

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!