Movie Review | The Cave (Based On True Story) - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Movie Review | The Cave (Based On True Story)

AFB Feeds

27 Disember 2019

Movie Review | The Cave (Based On True Story)


Assalammualaikum & salam maghrib semua! Movie review kali ini Om ingin mengulas sebuah filem yang berdasarkan daripada cerita sebenar iaitu filem 'The Cave'. Filem ini sudah ditayangkan pada 26 Disember 2019  dan cerita ni dah pun berlaku dalam dunia realiti di Chang Rai, Thailand. Tak silap Om pada Jun 2018, yang mengejutkan dunia selama hampir dua minggu.

Sinopsis The Cave


Filem The Cave yang berdurasi selama 1 jam 44 minit ini mengisahkan kisah yang sebenar yang terjadi ketika 12 pemain bola dan 1 orang jurulatih daripada pasukan Wild Boars ni mengambil keputusan untuk menziarahi Gua Tham Luang selepas mereka selesai latihan bola. Mereka ni masuk dalam gua tu pun dah lewat petang, bila mereka nak keluar daripada gua ni, mereka sedar yang tempat utama tu dah di penuhi air. Masa tu di Thailand, dah nak masuk musim moonsun.

Keesokkan harinya, pihak berkuasa yang jaga gua ni terjumpa basikal, kesan tapak kaki dan tangan mereka. Mereka ni dah hilang dekat sehari, jadi pihak Penyelam Tentera Laut Thailand memulakan operasi mencari dan menyelamatkan mereka tu. Penyelam Thai masuk ke dalam gua yang berkilometer daripada pintu utama terpaksa patah balik sebab air banjir semakin melimpah. 

Kes mereka jadi tumpuan dunia, di mana tiga pakar penyelam British datang untuk menyelamatkan mereka. Penyelam ni jumpa mangsa tu setelah 9 hari mereka tu hilang. Di mana salah satu penyelam itu adalah watak utama dan penyelamat sebenar ketika operasi mencari dan menyelamat yang bernama JIM WARNY.


Macam-macam cara nak keluarkan semua mangsa, ada juga cara nak tebuk lubang dari atas tapi disebabkan musim hujan, rintangan dan halangan tu menyukarkan  lagi operasi menyelamat. Jadi, penyelam ni amik cara dimana, setiap penyelam kena ada di setiap check point, penyelam ni buat sistem bergilir-gilir untuk bawa keluar mangsa. Mangsa ni penyelam bagi ubat penenang kuda untuk mangsa mati seketika bagi memudahkan urusan membawa mangsa keluar daripada gua.

Di hari ke 11, kesemua mangsa berjaya di keluarkan. Salah satu penyelam Tentera Laut Thailand mati lemas di tempat kejadian. Kiranya, cerita ni memang sebiji kisah yang terjadi di realiti. 

REVIEW

Sebelum ni memang tahu kes budak-budak Thai hilang tapi tak follow sangat. Husband yang follow kronologi sebenar kes tu. Kata suami memang sama dengan cerita sebenar. Pandai gak mat salleh ni buat duit. Lagi terkejut, bila penyelam sebenar tu jadi watak utama. Hahahahaa. Tapi macam tak percaya, mangsa boleh hidup selama 9 hari hilang, perghhh dah macam keajaiban pulak. Masa tu 2 minggu hot kot kisah budak-budak ni, tiap-tiap hari jadi cerita muka depan Metro. 


RATE

Dengan ini Om memberi 5/5 bintang.

1 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Edited by OmbakBergigi.com