Majlis Bertandang Belah Suami. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Majlis Bertandang Belah Suami.

AFB Feeds

5 Disember 2019

Majlis Bertandang Belah Suami.

Assalammualaikum & hello there!


1/12/2019, alhamdulillah dah settle majlis bertandang sebelah suami. Majlis bertandang atau majlis sambut menantu biasanya diadakan di pihak lelaki apabila selesainya majlis di pihak perempuan tapi kalau tak buat majlis pun tak pa. Ini adat masing-masing. Jadi jangan dipertikaikan dan dipandang remeh mahupun disamakan.

Om bertolak dari Kuala Lumpur hari sabtu, nak elak jammed kami lalu laluan dalam Tapah. Jauh jugaklah perjalanan sebab banyak masuk pekan pekan perak. Jenuh jugak nak sebut satu persatu nama tempat tu. Kami sampai di Kuala Kurau Perak dalam lingkungan 8 malam. Lebih kurang 7 jam perjalanan termasuk rehat dan solat.


Keesokkan harinya, seawal jam 8 pagi dah nak ke Parit Buntar sebab Om tak amik Mua Bridal. Kirany make up di butik Mua yang Om pilih tu. Pihak suami nak dalam kesederhanaan, semuanya serba sederhana. Baju bertandang pun Om yang jahit manik. Baju ni akan jadi baju 2 in 1, baju bertandang + baju raya tahun depan. Ni bukan kedekut tau tapi malas nak membazir pakai pun sekali je. Same goes dengan baju husband.


Makeup look Om serahkan 100% pada Mua Zuraihizza, malas nak pilih pilih look. Cantik tak look Om? Look ni ala ala doll gitu. Photographer siap puji, make up kali ni lawa dan sesuai dengan muka. Eh bayangkan kol 9 sampai kol 12 tau nak bersiap. Kesian husband tunggu kat dalam kereta masa tu. I doesn’t expect that majlis belah perak diorang datang around 10 pagi sebabnya Om gerak ke rumah mak mertua around 1 pm, tengok tengok orang dah kurang. Bayangkan jam 2pm dah boleh pergi photoshoot outdoor. Menyesal gak sebab lambat, belah johor pengantin akan datang lepas waktu zohor. Tiba tiba jadi menyesal sebab datang lambat.


Lepas jer settle dengan tetamu, around 3pm dah gerak outdoor photoshoot. Awalnya photoshoot. Photoshoot kali ni Om ambil dengan senior kolej dulu, tak sangka dia bagi the best service ever. Layan kerenah kami ni, rasanya 4-5 location jugak tau. Pastu dengan tiba tiba datangnya idea nak pakai safety helmet, photographer ni layankan je tau. Siap google lagi cari idea untuk photoshoot engineer. Totally recommended! Dia layankan je perangai kami ni. Hehehhe

So Alhamdullilah, majlis bertandang dah pun selesai. Kami pun dah boleh focus dengan goal 2020. Dah tak lama dah kan, less than a month jer ni. Tak sabar nak masuk tahun baru!



2 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Edited by OmbakBergigi.com