Assalammualaikum & hello there!

Ewah ewah tajuk entri. Idea datang dengan tiba-tiba, maka terjadilah entri ni. Sebelum kahwin, memang masak ikut tekak je, kadang 3 hari makan spagethi goreng, kadang tu goreng telur je sudah. Kadang-kadang mood masak berjam pun ada jugak , malah masak pakai campak-campak asalkan sedap tekak.

Tapi bila lepas kahwin, takkan nak biar perut suami sendiri lapar? Kang suami cari bini baru, ha padan muka. Mintak jauhlah ye, biar kekal sampai jannah. Gittew! Orang tua-tua dulu kata, "Nak pikat suami, kena pekat perut dia dulu", betulkan? In syaa Allah, bila air tangan isteri sedap, suami tak cari lain dah. No komenlah, kalau jenis yang tak bersyukur tu.

credit : google

Siapa yang dah berkahwin tu, ingat lagi tak masakan pertama untuk suami? Om sendiri pun lupa jugak tau, bila tanya dengan suami "Awak masak asam pedaslah, lupalah tu". Maka tercetuslah perang mulut, "eh yeke, eh bukan kot, bukan ke sambal ikan bilis", sudahnya, bagilah suami menang. Malas nak argue.

Bila dah hidup berdua ni, oh baru tahu suami ni jenis macam ni. Tak makan ni, tak makan tu. Betul kan? Tak apa, sebenarnya masa bujang tak reti masak, lepas kahwin confirm pandai walaupun scroll google. Hehehe.. Proses pembelajaran tu sampai bila-bila, kita pun berjaya bukannya semalam belajar hari ni berjaya. Betul kan?

Moment pertama masak untuk suami tu, harapnya korang simpan-simpan buat kenangan. Kot-kot bila masam muka dengan suami, ha boleh teringat balik moment tu. Orang kata, "gaduh-gaduh sayang."

7 Ulasan

  1. Menu apa eh... Jenuh nak flash bacak 9 tahun lepas nih.. Haha..

    Cuma yang paling ingat menu 1st kena masak masa 1st jumpa family sebelah suami... Masa tu belum jadi bini.. Tapi kena test, sediakan sarapan buat family dia... Haha.. Buat nasi goreng masa tu.. Rasa cukup.. Tapi pedas sangat depa tak tahan.. 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuyooo kak, nasiblah Om tak kena test masa jumpa family suami sebelum kahwin. Dah lamaa mana nak ingt sangat kan kak? Banyak sgt dah kenangan tu..

      Padam
  2. Menu pertama yang kakya buat utk suami tomyam campur. Masa tu mmg tak pandai sangat masak main bantai jer tgk resipi. Yang penting suami mkn penuh selera.

    BalasPadam
  3. alamak hahaha nanti dah kahwin, sha komen semula kat sini :p

    BalasPadam
  4. first masak utk asben aida, masa tu lom kawin.
    sambal sardin. sayur campur.
    sebab masa tu baru belajar masak. tu yg paling senang :) ha ha ha ha...
    bila da kawin, tak ingat! :)
    nak recall 16 thn lepas amatlah blank.

    BalasPadam
  5. Tak ingat. Hahaha.
    Tapi masa jadi menantu dulu, kena test dengan mak mertua suruh masak sawi, dah la kita memang tak makan sawi, anak dia pun tak makan sawi, adik2 ipar pun tak makan sawi. Last2 lauk tu jadi tukun je. Huhuhu.

    BalasPadam
  6. Makanan pertama isteri saya masak untuk saya lepas kahwin? Nasi.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!