Gian Nak Mengail Ikan ?!! - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Gian Nak Mengail Ikan ?!!

AFB Feeds

29 Disember 2019

Gian Nak Mengail Ikan ?!!

Assalammualaikum & hello there!



Amboi tajuk kemain lagi yek! So hari ni balik kampung suami untuk uruskan segala surat lawyer untuk pembelian rumah Pr1ma di Bagan Serai pada hari Isnin ni. Alhamdulillah rezeki tahun baru makanrumah pun baru. Nanti Om cerita part rumah ni ye.

So dah puas tido, suami ajak mengail parit depan rumah tok. Dah suami bagi peluang, rugi tak grab! Ye, memancing memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi. Memang balik kampung, mesti mengail. Kadang kat dalam estet kelala sawit, ada jugak kat parit parit tepi bendang sawah. Selama ni mana pernah mengail ikan air tawar. Makan pun tak reti apa tah lagi nak mengail.



Suami ajar sikit macam mana nak mengail, diri ni yang tak sabar-sabar. Bila suami dapat berkai kali, mulalah nak ajak balik. Sakit hati sebab diri ni tak pandai. Tapi hari ni, dapat lebih dari sepuluh ekor ikan sepat tau. Walaupun kecik besar besar jari, boleh lah tu buat ikan kering sepat.

Ingatkan kami berdua je yang mengail, sekali tok kami join, sepupu anak anak buah dan mar mertua pun join. Dah jadi pesta kami anak beranak mengail. Lepas ni balik kampung jer, wajib mengail ikan! Sebab dah gian gila gila nak mengail!!

1 ulasan:

  1. ikan betuk atau puyu tu...saya pun tak makan, tapi ikan ni boleh makan buat acar....terbaik mengail...haha...cuma kadang kadang bila nak pegang cacing tu..ada geli sikit haha

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com