Assalammualaikum & hello there!



EH! MAKAN SUSHI PUN BOLEH SIHAT DAN BIJAK? | Siapa penggemar makanan Jepun terutama sushi? Sepp!! Kita sama. Sebulan sekali kena makan sushi, tak dapat Sushi King, Empire Sushi pun jadilah. Sushi ni merupakan makanan Jepun yang sihat dan baik untuk otak kerana mengandungi ikan salmon.

Sushi terdiri daripada nasi yang digulung bersama ikan mentah, sayuran dan rumput laut atau biasanya dipanggil Nori. Bukan Nori jiran sebelah rumah korang tu. Kandungan potein, yudium, vitamin, mineral dan lemak omega 3 yang ada pada ikan, udang, sayuran dan nori sangat baik untuk kesihatan kerana ianya diperlukan oleh otak dan tubuh korang untuk berfungsi secara maksimum.

Bagaimana nak sihat dengan makan sushi?


1. Makan Sashimi

Sashimi merupakan pilihan yang sihat dan rendah kalori untuk makan sushi. Ini kerana Tuna dan Salmon mempunnyai manfaat yang bagus untuk tubuh badan.


2. Air Teh Hijau Jepun

Ye! Memang Teh Hijau ni rasa teh kelat, mulanya memang tak boleh nak go on but at the end, become favourite drinks yang patut diminum ketika makan sushi. Rasa teh hijau tu sangat umppph bila pekena sushi.


3. Sup Miso Shiro

Shiro? Bukan shiro pelawak tu lah. Sup Miso Shiro adalah sup yang dicampur bersama dengan tauhu  dan kacang selain daripada rasanya yang masam dan tawar hebeh. Bila kita demam, ha hirup Sup Miso Shiro ni insyaallah sihat dengan izin Allah.

Kenapa perlu katakan tidak makan SUSHI? sedangkan ia bagus untuk kesihatan, ha fikirkanlah...




3 Ulasan

  1. Ohhh sushi .. kakya tak pernah makan sebab tak suka .. anak2 suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak mesti try, dulu Om tak suka, lama-lama dh jatuh cinta.

      Padam

Sila tinggalkan comment korang disini!