Ajar Anak Untuk Belajar Berkongsi. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Ajar Anak Untuk Belajar Berkongsi.

AFB Feeds

2 Disember 2019

Ajar Anak Untuk Belajar Berkongsi.

Assalammualaikum & hello there!

Masa cuti dua tahun lepas pernah sewa homestay. Apartment 2 bilik. Satu bilik dengan dua katil single dan satu lagi hanya satu katil single. Sengaja ambil dua bilik. Mahu hadirkan experiental learning pada anak-anak. Leraikan dari sifat ananiyah kepada kekitaan. Di rumah mereka biasa ada bilik sendiri. Ada kawasan sendiri. Kawasan ni jadi ruang psikologikal sendiri.

Teringat masa kecil-kecil dulu. Masa tu tinggal di rumah kuarters 1 bilik. Ruang tamulah tempat segalanya. Di situlah makan. Di situlah tidur. Tempat baca buku juga disitu. Lepas masuk petang tu bercerota dengan anak-anak. Masa kecil ayah tidak pernah punya ruang sendiri. Semuanya berkongsi. Tidur berhimpit-himput. Tidur pun atas kain saja. Tak ada tilam.

Di rumah berkongsi ruang tamu sebagai bilik. Masa masuk asrama berkongsi 30 orang satu bilik. Masuk univeraiti juga berkongsi 4 orang satu bilik. Dah berkahwin pun berkongsi bukan sahaja bilik malah berkongsi katil. Tidak pernah rasa nikmat bilik sendiri. Tapi ayah suka. Tak merungut. Sebab mindset berbeza masa tu.


Masa mati nanti baharu rasa sendirian. Tak ada lagi kongsi. Gelap. Sempit. Mereka diam, dengar tanpa bersuara. Ada yang telan air liur.

Saya sambung.

Otak manusia dicipta untuk hidup berkongsi-kongsi. Social brain kata orang putih. Hidup dalam kekitaan, bukan ananiyah atau keakuan. Berkongsi itu tanda kasih. Tanda insani. Tanda kita khalifah di atas muka bumi. Mereka angguk. Tanda faham mungkin.

Apa makna semua ini?

Satu, nak bangkitkan rasa syukur. Ada bilik sendiri. Selesa tapi jangan alpa.

Dua, nak mereka sedar hidup perlu berkongsi. Nikmat bukan untuk diri sendiri. Berbagi-bagi.

Tiga, ada masanya tahu adjust hidup dalam sikit. Rasa hidup ini sekadar menumpang. Ada tempat kekal yang akan kekal dihuni.


Sumber : Telegram Dr.Rizal


2 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com