Hidden History #3 | ISTANA LONG PUTERI / MAIMUN SELANGOR - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Hidden History #3 | ISTANA LONG PUTERI / MAIMUN SELANGOR

AFB Feeds

28 November 2019

Hidden History #3 | ISTANA LONG PUTERI / MAIMUN SELANGOR

Assalammualaikum & hello there!

ISTANA LONG PUTERI / MAIMUN SELANGOR | Istana ini merupakan kediaman Raja Long Puteri iaitu cucunda Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor yang keempat). Istana ini terltak berhampiran dengan Istana Jugra. Daripada aspek senibina bangunan, Istana Long Puteri memrupakan sebuah rumah berdindinkan papan, bertiang dan berlantaikan batu.

Untuk memasuki istana ini, kita perlu menaiki 14 anak tangga yang dibina daripada bahan batu. Dari segi ruang dalaman istana ini, terbahagi kepada 3 ruang iaitu ruang tamu, ruang tengah dan ruang dapur, di mana bahagian dapur telah dipisahkan daripada ruang tengah. Istana ini juga mempunyai 3 bilik dan sebuah bilik tamu.



Gambar di atas adalah pemandangan bahagian hadapan Istana LOng Puteri (Istana Maimun), Jugra Kuala Langat yang ketika itu didiami oleh Raja Sakiah ibti Raja Mustar sekitar tahun 1930. Malangnya kini, Istana itu tidak diselenggara dengan baik.


Sumber : Telegram Hidden History 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com