3 JENIS MAKANAN KURANGKAN LAPAR, BOLEH PERCAYA KE?

Bismillah.
Assalammualaikum. 

3 JENIS MAKANAN KURANGKAN LAPAR, BOLEH PERCAYA KE? | Ini soalan yang bermain dalam otak ramai orang. Makanan apa yang kurangkan rasa lapar. Makan dan rasa kenyangnya lama. Jadi dah tak rasa nak mengudap atau berjajan lagi. Ni dah nak sebulan PKP lagi lah kerja nak makan je betul tak? Aku sendiri pun kadang asyik lapar, lapar dan lapar. 

Walaupun dah makan makanan berat, tetap rasa lapar juga. Perut kenyang tapi mulut ni nak mengunyah, tapi kalau bulan puasa elok pulak ye. Eh geramnya. Aku terpikir juga ada ke makanan kurangkan lapar? Ke makanan kurangkan lapar ni katogeri yang mahal? Lapar je dah buat macam macam persoalan, hahaha macam macam aku ni.

Jadi, hari ini aku nak kongsikan 3 jenis makanan kurangkan lapar. Mana tahu boleh atasi lapar korang di musim pkp ni. Jom kia tengok.


Sedap dan berlemak kacang ni tapi sayang~~~~ mahal gila


AVOCADO, MAKANAN KURANGKAN LAPAR?


Jom kita tengok 3 jenis makanan kurangkan lapar : 

1. Kacang cerdik atau pistachio. 


Jumlah 43 biji. Kajian oleh In U.S. Agricultural Research Service. Tambah cerdik bila makan bukan seperti pendapat kata makan 7 biji kismis jadi cerdik. Walaupun kecil pistachio kaya dengan fiber. Fiber inilah beri kesan rasa kenyang yang lama. Lebih menarik lagi pistachios ini kaya dengan vitamin B6. Vitamin B6 ini stabilkan gula dalam darah. B6 juga penting untuk pembentukan hemoglobin darah - yang kerjanya oksigen dalam sel darah merah.




2. Minyak Zaitun. 


Campurkan dalam makanan yang telah siap dimasak. Bukan masak minyak zaitun. Kajian dari Technische Universität München (TUM) dan the University of Vienna dapati kesan rasa kenyang atau satiety berlaku apabila neurohormon serotonin juga meningkat di dalam darah. 

Serotonin adalah hormon yang jaga kestabilan mood, selera, memori dan aktiviti seksual. Menurut pengkaji rahsianya terletak pada dua jenis bau atau aroma minyak zaitun iaitu Hexanal and E2-Hexanal.


3. Avocado. 

Ni lah pemenang pertama. Avocado kaya dengan lemak sihat dan fiber. Dua anugerah utama sebabkan hormon lapar ghrelin menurun dan malu untuk naik dalam jangka masa panjang.

Lebih menarik lagi avocado sebabkan dua peptide rasa kenyang naik iaitu peptide GLP-1 dan PYY. Detail kajian ini ada dalam Faseb Journal tahun 2017. Dalam kajian lain yang lebih terkini dan terNow di jurnal Nutrients (2019) pula dapati peserta kajian yang obes hanya rasa lapar selepas 6 jam mengambil avocado.


BACA INI JUGA : 



Ketiga makanan ini antara 3 pemenang awal. Ada lagi makanan lain yang bantu beri rasa kenyang. 3 ini lebih hebat lagi. Oh ya. Satu perkara hebat tentang avocado. Makan avocado boleh hilang perut mengandung abam abam. Hakak hakak nak badan lentik pun boleh cuba. Kurus secara natural tanpa lapar. Jangan percaya. Makan jer.




Sumber : Telegram #DrRizal

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wah~ menarik info ni. Nak diet guna tiga bahan ni je, mudah gitu~

    BalasPadam
  2. Patutlah saranan kalau diet, snacking makan pistachio.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!