Jangan Berhutang! - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Jangan Berhutang!

AFB Feeds

19 Oktober 2019

Jangan Berhutang!

Assalammualaikum and Hello there!

HUTANG!



Jangan ajar diri untuk berhutang. Kerana hutang, hubungan silaturrahim boleh pecah-belah. Banyak dah yang terjadi. Om takut betul bila kawan mintak hutang. Bukan takur nak mmeberi, tapi takuut bila kawan decide putuskan hubungan, lari dari Om semata-mata tak nak bayar hutang balik. Kita yang bagi hutang tapi kita yang kena marah. Seolah kita yang terhegeh-hegeh meminta hutang. Last, dia block kita terus, kawan kemana, duit pun kemana. Dua dua gone. Pernah terjadi dan selalu terjadi. Senangnya putuskan hubungan kawan hanya sebab tak nak bayar hutang. Itu cerita jika memberi hutang.

Kalau tak beri berhutang, dikatanya kita macam-macam. Kawan tak nak tolong kawan la, kawan lupa kawan la, kawan tak nak susah sama sama la. Senangnya melabelkan kawan sebegitu hakikatnya pertolongan dari seorang kawan bukan dinilai dari segi pinjaman duit semata-mata. Support beli barang jualan awak pun pertolongan juga, support promote barang awak pun pertologan juga, sentiasa ada di sisi awak ketika awak sedih pun dikira pertolongan. Jadi mengapa cepat sangat melabel kawan hanya kerana dia taknak bagi pinjam?

Kadang-kadang perasaan serba salah tu ada. Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Bagi salah, tak bagi pun salah. Tapi cepat cepat ingatkan diri balik, asalkan sedekah, zakat, duit untuk family semua beresss, so selain dari tu bukan tanggungjawab kita dah. Ramai lagi yang memerlukan.

Jenis Om, memang bagi kawan pinjam setakat yang mampu, bila tak boleh tolong Om direct cakap tak boleh tolong. Semampun yang kita boleh redhakan jika penghutang tak nak bayar hutang. Sebab Om tak nak gadaikan hubungan silaturrahim hanya kerana DUIT. Bukan tak nak tolong tapi sebab selalu terkena.


4 ulasan:

  1. Hmm betul tu OM. Takut betul bila sbb duit hubungan ni terputus. Semoga dijauhkan.

    BalasPadam
  2. betul yang om cakap tu tapi itu kwn yang pinjam kan..kalau adik beradik yang pinjam yang tu lagi susah,xkan sampai nak putus tali persaudaraan kan,uhuhuhu..jalan yang terbaik diam jelah..klu igt byr klu xigt halalkan jelah..kan om :)
    salam singgah dari sy

    BalasPadam
  3. betul tu.. kalau tak mampu nak bagi hutang tak salah pun berterus terang kata x mampu nak tolong..

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com