7 Tips Buat Visa China Dengan Mudah - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 7 Tips Buat Visa China Dengan Mudah

AFB Feeds

28 Oktober 2019

7 Tips Buat Visa China Dengan Mudah

Assalammualaikum & hello there!



7 Tips Buat Visa China Dengan Mudah | Rasanya ramai yang dah tahu kot, nak pergi China mesti dan wajib ada visa. Proses dia tak senang sangat sebab kena hantar passport sendiri kat visa centre dan kena isi form 4 m/s lagi tau. Alhamdullilah, masa Om pergi China, semua visa Om Erwin Travel yang uruskan, mahal sikit sebab charge diorang uruskan pun dah ambil masa, nak pergi sendiri masa tu kerja kat Johor. Kiranya win-win situation lah kan.

So Om harap tips ni boleh bantu korang.



1) BELI TIKET FLIGHT DULU!

Pergi je kemana negara yang perlukan visa, first thing diorang perlu is your flight ticket. So, beli je dulu. Jangan risau, jarang sangatlah visa korang kena reject. Nak selamat, beli tiket flight dulu.

2) 3 BENDA NI JANGAN LUPA!!

Selain tiket flight, korang wajib sediakan :
  • Passport
  • Dua keping gambar berukuran passport (background putih)
  • Salinan surat beranak (jika bwaha 18 tahun)

Semua dokumen ni kena hantar sekali dengan borang nanti. Jadi pastikan jangan tinggal, lagi-lagi yang duduk jauh.

3) ISI BORANG SEBELUM PERGI

Korang boleh dapat borang application dekat visa centre ataupun boleh download online kat sini : https://www.visaforchina.org/KUL_EN/generalinformation/downloads/264463.shtml

Bagi yang tak suka isi borang, memang kena bertabahlah ye.

4) SUBMIT BORANG DI VISA CENTRE

Bawa borang dan 3 dokumen di tips no 3 dan pergi ke China Visa Centre.
Kat Malaysia ni ada 3 visa centre tau,

KUALA LUMPUR, Level 5 & 6 Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur.
PULAU PINANG, Ground Floor , 17 Lebuh Bishop, 10200 Georgetown
KUCHING,SARAWAK, 2nd Floor, Wisman Naim 21/2 Mile, Rock Road 93200 Kuching

So kalau korang duduk jauh dari centre visa ni, memang sangat costly dari segi duit minyak, tol dan masa korang.

5) HARGA KOS VISA CHINA

Untuk memudahkan korang faham, visa China ni ada dua jenis, Tourist Visa dan Business Visa. Untuk tourist via, ada 3 harga yang visa centre tetapkan :

- Regular : Siap 4 hari bekerja (RM100)
- Express : Siap 3 hari bekerja (RM235)
- Rush : Siap 2 hari bekerja (RM310)

Beza tiga harga di atas hanya tempoh masa untuk siap je. Nak murah dan jimat, applylah awal supaya tak rushing.



6) JANGAN LUPA AMBIL VISA BILA DAH SIAP.

Visa China memang tak boleh siap on the spot. Memang korang kena datang visa centre semula untuk collect visa korang.

Kalau duduk jauh tu, mohon bertabah!

7) OUTSOURCE UNTUK JIMAT

Sebab tu, biasanya orang amik outsource je semua proses yang melecehkan ni pass dekat runner Visa China. Lebih mudah, jimat masa dan duit minyak. Om buat dengan ERWIN TRAVEL, dekat dalam larkin bus. Seminggu macam tu dah boleh ambil.

Benda dah senang, buat apa susahkan diri. Pass je semua kat runner, kita tinggal bayar dan ambil visa tu. Selamat bercuti!

Sumber : Telegram

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com