Assalammualaikum & hello there!
Carilah satu ibadah yang kita suka dan senang nak buat.
Ikut kudrat dan kemampuan kita.
Bila dah jumpa, kita amalkan dengan istiqomah.
Buat sampai jadi sebati dalam diri.
Istiqomah ni maksudnya, bila kita tak buat, kita jadi susah hati.
Macam ada benda yang tak selesai untuk hari itu.
Kalau senang mengaji, mengaji.
Kalau senang sedekah, sedekah.
Kalau senang solat sunat, solat.
Kalau senang puasa, puasa.
Kalau senang tolong orang, tolong.
Kalau senang zikir, zikir.
Kalau senang berjemaah, pergi.
Kalau senang cari ilmu, hadir.
Kalau senang buat umrah, pergi.
Buat dan buat dan buat.
Jangan tinggal.
Biar dia jadi kawan paling rapat kita dimana pun.
Bila kita tak tinggal dia, dia tak sampai hati nak tinggal kita.
Berdoalah semoga kita mati dalam amalan yang kita buat selalu ni.
Dengan sahabat baik yang kita tak pernah tinggal.
Husnul Khotimah.
Bila dah ada matlamat, dah tanam niat,
usahakan dengan sepenuh keringat.
Insya-Allah,
Buat sampai jadi tabiat.
4 Ulasan
Tazkirah yang simple tapi mendalam. nice sharing OM. Thank you :)
BalasPadamAamiin.InshaAllah.
BalasPadamTerima kasih untuk perkongsian :)
BalasPadam
BalasPadamرقم شركة تنظيف منازل بالجبيل
رقم شركة تنظيف بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف الفلل بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف المنازل بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف الشقق بالجبيل
Sila tinggalkan comment korang disini!