LEBIH SUKA MAKAN LUAR ATAU MASAK DIRUMAH? - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: LEBIH SUKA MAKAN LUAR ATAU MASAK DIRUMAH?

AFB Feeds

10 September 2019

LEBIH SUKA MAKAN LUAR ATAU MASAK DIRUMAH?

Assalammualaikum & hello there!

Topik malam ni tentang makan luar atau masak dirumah. Mak Om bising bila call and tanya masak apa hari ni, Om pula jawab makan luar. Mahu tak marah. Hehheehe. Isu ni memang boleh tahan juga bergaduh manja dengan mak. Mak mana yang suka bila anak dara dia yang dah bersuami ni kerap makan kat luar. Bila agaknya dapur rumah tu berasap. Ni kalau mak mertua tahu mahu haru biru.


Suami request nak makan ni pulak. 

Kadang macam Om ni bersebab jugalah bila makan kat luar. Keje site bila dah seharian penat, confirm memang malas nak masak. Alhamdullilah suami pula memahami. Nak pikat hati suami kenalah jaga perut dia, tak gitu? Kos makan luar pun mahal sebenarnya, dua orang boleh cecah RM20 tau kalau makan lauk tengahari itu belum lagi makan malam. Kalau hari hari makan luar? Tak ke papa kedana nanti. Gaji tu takkan nak habiskan dengan makan kat luar je kan. Itu pun memang dah nak kurangkan makan kat luar. Boleh kempis beg duit.

Practice makes perfect. Jangan cakap tak pandai masak kalau kita sendiri yang tak nak cuba. Sekarang ni dah bersepah dah video masak memasak ni. Copy dan apply je bila masak tu. Boleh tengokl resipi eina azman ke sheila rusly ke. Lagi sedap sedap tau. Hari hari masak memang akan pandai. Jangan dengar orang kata 'eleh masak tengok google lah tu'. Sekurang kurang kita ni ada effort nak masak tau. Kenal satu persatu bahan bahan mentah kat dapur. Jangan pulak nanti tanya rempah 3 beradik tak tahu pulak. Suami suka bila kita masak tau. Suami tak mengharap sangat pun kita masak lauk lauk sedap. Kadang cukup dengan goreng telor. Itu pun dah buat suami senyum lebar dah. Tapi tak tahulah kalau ada suami yang cerewet bab makan.



Apa apa pun bagi Om, dua dua ada kebaikan dan keburukan. Kita sendiri je yang patut ambil langkah dan pilih yang mana. Tapi janganlah sampai setahun sekali baru nak masak. Tak risau ke suami dirembat orang?

10 ulasan:

  1. walaupun malas masak hahaha tapi still prefer makan dkt rumah! telur goreng pun jadi haha

    BalasPadam
  2. Evde yemek her zaman daha sağlıklıdır 😊

    BalasPadam
  3. Salam Om, saya kalau ada masa suka bereksperimen dengan masakan. Tapi itulah, kalau dah penat sangat dengan benda lain, makan luar or tapau lah jawabnya. Selalu tapau lah sebab kata husband kita jimat duit beli air...hehehehe...

    https://yamanaimy.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. saya duk bujang2 ni jarang makan luar, masak sndri je kat rumah makan apa yg ada hehehe..

    BalasPadam
  5. Suka makan kat rumah sebenarnya tapi bila xde idea nak masak apa, makan luar jugak sekali sekala hehehe...

    BalasPadam
  6. kekadang nak merasa juga makanan luar contohnya mcd ke, pizza ke kann hahaha. tapi kalau keadaan tak mengizinkan nak masak kat rumah, its okay beli kat luar. hee

    BalasPadam
  7. dulu masa ber2 je rajin gak makan luar....tp bila dah ada anak lebih rela makan dirumah, kecah dirumah. nak jerit, teriak sambil makan suka hatilah anak2.

    BalasPadam
  8. I think this is an informative post and it is very useful and knowledgeable. This is Pictaram Online Instagram User Posts and Story web viewer.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com