09/01/2019 - 10/01/2019 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 09/01/2019 - 10/01/2019

AFB Feeds

Tazkirah Ringkas #3

Tazkirah Ringkas #3

Assalammualaikum & hello there!



HIDAYAH ITU REZEKI

Kenapa namanya rezeki?

Sebab tak semua orang dapat merasai nikmatnya.

Jangan nilai seseorang seterusnya nilai seluruh ahli keluarganya.

Contoh, Pak Imam masjid atau ustaz, dia imam masjid, bukan main lagi alim warak, cakap begitu begini, tapi anak? Ada yang menghisap dadah dan sebagainya.

Kesimpulannya, hidayah itu milik Allah.
Bukan milik Nabi Muhammad, bukan milik saya, bukan juga milik Pak Imam.

Jadi jangan buat penilaian berdasarkan apa yang kita nampak. Orang luar boleh terima pendapat kita, tapi ahli keluarga tak. Itulah kuasa Allah. Diberinya hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya sahaja.

Jadi jangan salahkan pak imam kenapa anaknya macam tu, jangan pula salahkan anak saudaranya kenapa anak saudaranya macam tu.

Jagalah lisan. Diam lebih baik daripada banyak bicara.

Orang yang takut Allah, sangat bagus tutur katanya.

Sama sama berdoa dan usaha.

Semoga bermanfaat.
PENGALAMAN PALING MISKIN DALAM HIDUP

PENGALAMAN PALING MISKIN DALAM HIDUP

Assalammualaikum and hello there!

Hari ni Om nak kongsikan dengan korang pengalaman paling miskin dalam hidup dan takkan pernah dilupakan. Korang pernah alami tak? Cuba kongsi di komen nanti.

Lepas habis SPM terus Om duduk dengan abang di Kuala Lumpur. Masa tu dah start cari kerja dan dapat kerja as a baker di Aeon Big Wangsa Maju. Lepas 6 bulan Om sambung belajar di kolej swasta yang terletak di tepi federal highway PJ. Bila dah start belajar, awal awal sem memang jadual belajar padat dari pagi. Betulkan?



Om betul betul rasa susah bila mak abah tak mampu nak tanggung, abang pulak ada duit  cukup cukup je untuk tanggung bini dia. Masa tu Om nak pergi kelas penting, memang tak ada duit langsung. Sampai cari dalam satu rumah abang duit syiling yang jatuh jatuh tu semata nak pergi kelas. Naik LRT masa tu murah lagi pergi balik RM5 je. Cari sampai nangis tau. Buntu dah tak tahu nak mintak tolong dengan siapa. Nak cakap dengan mak abah, kesian dengan keadaan mak.

Bila dah dapat duit syiling tu, terus tak lengah pergi kelas. Dengan tak makan tak apa. Kelas dari pagi sampai petang, dah macam orang puasa. Kawan ajak makan pun Om tolak sebab memang dah tak ada duit. Om tak suka nak bagi tahu orang apatah lagi kawan baik.



Bila Om travel, Om dah rasa dan tengok sebenarnya ada lagi yang susah dari kita. Bayangkan sepanjang kat Beijing, makan sekali sehari je. Makan maggi pagi pagi, kunyah gula gula sepanjang trip tu. Bukan sebab tak ada duit tapi duit is everything bila kita kat tempat orang. If anything happen, as long as ada duit backup. Sama juga masa kat Cambodia, makanan halal memang limited, dengan bawa duit dollar less than 20 dollar. Makan maggi je sepanjang trip tu. Om tak kedekut tau. Rugilah bawak maggi tapi tak makan. Kita travel bukan nak mewah-mewah. Om nak buka mata tengok tempat orang dan rasa apa nikmat bersyukur tu.

Jujur. Memang Om tak dapat nak lupa pengalaman tu, semata mata nak pergi kelas Om sanggup cari duit syiling dalam rumah abang. Om tak nak mintak dengan dia, Om terpaksa tipu untuk kebaikan bersama. Sampai sekarang bila naik lrt teringat ingat. Susahnya dulu tau.



Alhamdullilah sekarang Om bersyukur sebab cukup makan dan pakai. Om suka pesan dengan suami, kita tak ada duit macam mana pun jangan mintak simpati dengan orang dan syukur sebab Allah bagi kita cukup makanan dan pakai. Jimat selagi boleh, sebab bila kita susah tak ada siapa yang nak tolong.
LEBIH SUKA MAKAN LUAR ATAU MASAK DIRUMAH?

LEBIH SUKA MAKAN LUAR ATAU MASAK DIRUMAH?

Assalammualaikum & hello there!

Topik malam ni tentang makan luar atau masak dirumah. Mak Om bising bila call and tanya masak apa hari ni, Om pula jawab makan luar. Mahu tak marah. Hehheehe. Isu ni memang boleh tahan juga bergaduh manja dengan mak. Mak mana yang suka bila anak dara dia yang dah bersuami ni kerap makan kat luar. Bila agaknya dapur rumah tu berasap. Ni kalau mak mertua tahu mahu haru biru.


Suami request nak makan ni pulak. 

Kadang macam Om ni bersebab jugalah bila makan kat luar. Keje site bila dah seharian penat, confirm memang malas nak masak. Alhamdullilah suami pula memahami. Nak pikat hati suami kenalah jaga perut dia, tak gitu? Kos makan luar pun mahal sebenarnya, dua orang boleh cecah RM20 tau kalau makan lauk tengahari itu belum lagi makan malam. Kalau hari hari makan luar? Tak ke papa kedana nanti. Gaji tu takkan nak habiskan dengan makan kat luar je kan. Itu pun memang dah nak kurangkan makan kat luar. Boleh kempis beg duit.

Practice makes perfect. Jangan cakap tak pandai masak kalau kita sendiri yang tak nak cuba. Sekarang ni dah bersepah dah video masak memasak ni. Copy dan apply je bila masak tu. Boleh tengokl resipi eina azman ke sheila rusly ke. Lagi sedap sedap tau. Hari hari masak memang akan pandai. Jangan dengar orang kata 'eleh masak tengok google lah tu'. Sekurang kurang kita ni ada effort nak masak tau. Kenal satu persatu bahan bahan mentah kat dapur. Jangan pulak nanti tanya rempah 3 beradik tak tahu pulak. Suami suka bila kita masak tau. Suami tak mengharap sangat pun kita masak lauk lauk sedap. Kadang cukup dengan goreng telor. Itu pun dah buat suami senyum lebar dah. Tapi tak tahulah kalau ada suami yang cerewet bab makan.



Apa apa pun bagi Om, dua dua ada kebaikan dan keburukan. Kita sendiri je yang patut ambil langkah dan pilih yang mana. Tapi janganlah sampai setahun sekali baru nak masak. Tak risau ke suami dirembat orang?
Tazkirah Ringkas #2

Tazkirah Ringkas #2

Assalammualaikum & hello there!

Kadang- kadang orang yang tegur kita tu bukanlah sebab dia suci dan dia anggap kita kotor.



Tapi, boleh jadi, mereka tegur kita sebab mereka dah pernah hidup dalam kekotoran dan dia nak sangat selamatkan kita dari turut terjerumus ke dalam penjara dosa.
REZEKI DAPAT TEMUDUGA LAGI

REZEKI DAPAT TEMUDUGA LAGI

Assalammualaikum & hello there!

Sebenarnya, Om tak sangka dapat temuduga kerajaan lagi. Alhamdullilah rezeki mencurah lepas kahwin. Hari khamis lalu, Om tak rajin nak tengok email, suami yang screenshot bagi email temuduga tu. Ingat bulan depan, rupanya minggu ni. Temuduga ujian fizikal pulak tu.



Dah lama tak bersukan, bila start berlari 2 3 mulalah sakit sakit badan. Minum ais pun dah start berpantang. Om pun tak mahu pancit bila lari. Dulu masa sekolah boleh je lari 1.5km ni sekrang ujian fizikal nak larian 2.4km tak pastilah mampu ke tak?

Doa doalah moga Allah permudahkan segala urusan Om ye.
Tazkirah Ringkas #1

Tazkirah Ringkas #1

Assalammualaikum & hello there!



Carilah satu ibadah yang kita suka dan senang nak buat. 
Ikut kudrat dan kemampuan kita.
Bila dah jumpa, kita amalkan dengan istiqomah.
Buat sampai jadi sebati dalam diri.

Istiqomah ni maksudnya, bila kita tak buat, kita jadi susah hati.
Macam ada benda yang tak selesai untuk hari itu.

Kalau senang mengaji, mengaji.
Kalau senang sedekah, sedekah.
Kalau senang solat sunat, solat.
Kalau senang puasa, puasa.
Kalau senang tolong orang, tolong.
Kalau senang zikir, zikir.
Kalau senang berjemaah, pergi. 
Kalau senang cari ilmu, hadir.
Kalau senang buat umrah, pergi.

Buat dan buat dan buat.
Jangan tinggal.
Biar dia jadi kawan paling rapat kita dimana pun.
Bila kita tak tinggal dia, dia tak sampai hati nak tinggal kita.

Berdoalah semoga kita mati dalam amalan yang kita buat selalu ni.
Dengan sahabat baik yang kita tak pernah tinggal.

Husnul Khotimah.

Bila dah ada matlamat, dah tanam niat,
usahakan dengan sepenuh keringat.

Insya-Allah,
Buat sampai jadi tabiat.
LIRIK LAGU WANY HASRITA & DATO' JAMAL ABDILLAH | BELENGGU RINDU

LIRIK LAGU WANY HASRITA & DATO' JAMAL ABDILLAH | BELENGGU RINDU


Kalau benar bagai dikata
Aku rela serahkan semua
Ingin ku dimanja, hidup serba mewah
Bukan benar bagai dikata
Godaan manis sang pujangga
Dah kita dicipta, bukan tuk bermegah

Saat dihanyut asmara
Asmara yang membara di jiwa
Sia-sia jika diturutkan hatimu
Yang terleka dibuai kata-kata palsu
Sia-sia jika tak dicuba dahulu
Kerna hatiku dibelenggu rindu
Pasrah, pasrah, pasrah bila diperdaya
Kan terasa pedihnya bila hatiku dibelenggu rindu

Kalau benar bagai dikata
Maka sudah dia berpunya
Sungguh tak kuduga begini akhirnya
Saat dihanyut asmara
Asmara yang membara di jiwa
Sia-sia jika diturutkan hatimu
Yang terleka dibuai kata-kata palsu
Sia-sia jika tak dicuba dahulu
Kerna hatiku dibelenggu rindu

Hati yang buta raga binasa
Jaga ku smpai sedar semula
Hati yang baik benangkan ia
Tenun kan jiwa dan raga
Harus bersulamkan cinta

Sia-sia jika diturutkan hatimu
Yang terleka dibuai kata-kata palsu
Sia-sia jika tak dicuba dahulu
Kerna hatiku dibelenggu rindu
Pasrah, pasrah, pasrah bila diperdaya
Kan terasa pedihnya bila hatiku dibelenggu rindu

Pasrah, pasrah, pasrah bila diperdaya
Kan terasa pedihnya bila hatiku dibelenggu rindu
BOTANICAL EFFECT F3 MARY KAY CLEANSER REVIEW

BOTANICAL EFFECT F3 MARY KAY CLEANSER REVIEW

Assalammualaikum & hello there!


Hari ni Om nak review satu produk daripada Mary Kay. Om dah lama pakai dah tapi diri ni gatal sangat nak cuba pencuci muka yang lain. Bulan lepas Om decide nak guna je cleanser dari Mary Kay sampai bila bila. Penat nak tukar tukar dan ianya membazir duit tau! Siapa tak pernah dengar Mary Kay? Mary Kay ni sebenarnya dah ditubuhkan pada tahun 1963 lagi dan pengasasnya ialah Mary Kay Ash.

Product Mary Kay tidak akan ada dekat watson, guardian or pasaraya yang biasa korang nampak terpampang jual. WHY? Sebab produk MK is exclusive and kita tak mahu any REBRAND product which is fake. Kalau korang nak purchase any product MK boleh find any trusted Beauty Consultant macam OM!


Product name : Botanical Effect Formula 3 (OILY)
Product Brand : Mary Kay
Product Type : Cleanser
Size : 113g
Price : RM68
Availabilty : Korang boleh cari Trusted Beauty Consultant Mary Kay, dengan Om pun boleh. Om tak cadang untuk korang beli di Lazada, Shopee or any else sebab dikhuatiri product tersebut expired.

What it claims? 

- Gently removes makeup and impurities 

Ingredients?

1. Silymarin (milk thistle) is a powerful antioxidant that is know to help defend against enviromental  damage while helpin to calm and soothe skin.

2. Luo Han Guo, also call the "longevity" fruit, is know to contain potent antioxidants and is also believed to help promote healthy skin.

3. Water lily is  important for healty skin. An antioxidant, the water lily is reported to be a source of nutrients that are important for healthy skin.


Packaging ?

Didatangkan dengan 113g,  a small tube and sesuai untuk korang bawa kemana sahaja. Tube ini dilengkapi dengan flip pada penutup botol, jadi tak mudahlah untuk tumpah bila korang terpicit dengan tak sengaja.

How to use?

Picit dengan kuantiti sedikit, apply into your face and urutlah muka tu. Ala, guna macam pencuci muka yang biasa kita guna tu. Tapi nak lagi bersih, guna dengan skin brush.




The Smell/Colour/consistency ?

Macam korang nampak, colour cleanse tu transparent sebenarnya bukan putih ye. Bila apply into your face, cleanse ni tak berbuih dengan banyak, its mean pencuci kurang buih sangat elok untuk korang yang bermasalah dengan oily face. Tentang smell, Om tak tahu nak described macam mana, tak wangi tak busuk mungkin. Hehehehe

How I feels : 

Lepas je cuci muka, memang kulit muka ni lembut bak kapas, bersih bak kulit bayi gittew! So far pakai tak naik jerawat pun. Berbaloi ler beli.

Recommended? :

Overall, I love this cleanser!!! Cleanse ni ada 1 set tau tapi korang boleh beli loose item. Tunggu cleanser ni habis baru beli lagi, maybe 7 bulan lagi lah kot. Pencuci ni lambat nak habis sebab tu berbaloi beli. 


(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)
LIRIK LAGU BABY SHIMA |  PURA-PURA BUJANG Official Music Video

LIRIK LAGU BABY SHIMA | PURA-PURA BUJANG Official Music Video


Jangan sayang pura-pura bujang
Kantoi sekali lagi
Ada cinta tiga segi
Adakah dah bertunang dah berbini
Hati berbicara makin lama makin resah
Sesuatu yang tak kena dengan dia

Kau fikir ku tak tahu
Tak payah nak menipu
Kau pecah tembelang

Mengapa oh mengapa jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba kau mengoda
Jangan sayang pura-pura bujang

Dia atau aku yang mana pilihan mu
Katakan saja aku ingin tahu
Baru kau nak menilai 
Kerut kerut kening
Guling guling guling guling
Macam tenggiling

Kau fikir ku tak tahu
Tak payah nak menipu
Kau pecah tembelang

Mengapa oh mengapa jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba kau mengoda
Jangan sayang pura-pura bujang

Berwas-waslah bila bercinta 
Jangandipatuk kasih pria berbisa
Jangan sekali dibelitnya

Mengapa oh mengapa jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba kau mengoda
Jangan sayang pura-pura bujang

ohhhh ohhh ohhh
Jatuh cinta sedangkan kau sudah berpunya
ohhhh ohhhh ohhhh
Jangan sayang pura pura bujang
Jangan sayang pura pura bujang
PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG JURUTERA

PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG JURUTERA

Assalammualaikum & Hello There!


Lamanya Om menghilang. Tiba tiba muncul hari ni, eh eh Om tak hilanglah cuma sibuk sikit. Om ada je perhati blogger lain dalam group whatsapp cuma jari ni tak berdaya nak balas, maafkan Om ye. Kadang kawan kawan wassap Om, balas sekali pastu terus hilang dan bagi bluetick. Marah jugalah diorang. Sekali lagi, maafkan Om ye.

Sebenarnya Om menghilang sebab Om dapat temuduga dengan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). I didn’t expected that I got it again. Sebelum ni dapat temuduga penolong penguasa kastam tapi tak dapat pergi sebab tarikh temuduga 2 hari sebelum nikah. Om buka SPA bulan 5 hari tu, masa tu tergerak hati nak apply kerja yang lain tiba tiba eh dapat temuduga tapi tak tahu pun yang Om ni dapat. Om sibuk dengan majlis nikah Om sendiri, mana ada masa nak tengok email bagai.

Nak dijadikan cerita, husband Om memang lupa nak log out email Om dari handphone dia. 26/7 tu dapatlah email dari SPA, husband screenshot dan terus wassap pada Om. “Congratulation Ciksu” bila husband kata macam ni. Aik congrats apanya, kat site ni line celcom berlari tak tentu hala. Kadang kadang no service. Rupanya Om dapat temuduga penolong jurutera di bahagian KKM. Mahunya tak happy, mak abah & mak mertua pun Om dok call bagi tahu. Berita gembira ni kita kena kongsi. Abah Om dok ingat dapat cucu baru, lagi lawak tau.





Alhamdullilah semalam 29/8 dah selesai dah temuduga tu. Excited dan gemuruh punya pasal tak tido tau malam. Risau sangat sangat bila panel tanya soalan out of the box. Dibuatnya panel tanya pasal politik, tak ternganga kita ni? Husband sampai ambil cuti semata nak hantar dan teman Om. Dia yang lagi semngat tau. Om nak ceritakan pada korang tentang pengalaman Om ketika temuduga.

Umum korang tahu, bila temuduga sektor awam apa yang kita nampak ialah pemakaian kan? Pemakaian ni melambangkan personaliti kita. Janganlah pakai baju tak bergosok, tudung renyuk. Kalau boleh, kemaskan diri dan pakaian dulu. Om punya lah excited siap beli baju baru, tudung baru, kasut baru dan juga nametag. Om nak nampak diri ni kemas dan ada personaliti. Barulah panel bersemangat nak tengok kita. 

Dari segi persiapan document, Om sendiri pun terlupa nak update gambar IC. Thats was my biggest mistake sebab terlupa sangat sangat. Tengah temuduga tu baru teringat, eh tak update ic padahal lain lain tu dah update dah. Tapi Om dah redha dah. Buat seawal yang mungkin bila kita kena update apa apa dalam online. Kita ni manusia, memang cepat terlupa. Dont do like Om okay? Persiapan dengan soalan bila panel ajukan? Ini Om sendiri google tanya apa je soalan yang panel akan tanya. Kita ni tak boleh expect pun panel tanya apa. Jujur semalam, Om orang pertama sekali temuduga. No giliran dah lama dah panggil rupanya, rezeki semalam panel baik baik dan membantu. 

Siap ada name tag tau tapi suami tak bagi amik gambar sekali nampak macam kelakar hahahha.


Soalan yang panel tanya semalam:

1) Introduce yourself (Om siap tanya Tuan nak BM or BI) panel tu kata whichever yang Om rasa selesa. Dah tentulah pilih BM, mula mula memang nervous sampai tersasul. Panel tu siap kata relax, kalau ada air minumlah air dulu. Om totally stuck bila tengah explain study kat mana. Alhamdullilah panel membantu. Sambil introduce tu, Om memang nak tekankan pengalaman pasal loji air (water treatment plant) this is my tactic nak elakkan panel tanya soalan yang out of the box. Heheheh memang dah jangka, panel tu tanya soalan ni

2) Kenapa Wall loji air berbeza dengan wall rumah? Eh panel ni macam tahu tahu je Om tekankan pasal water treatment projek. Start dari soalan ni, semuanya panel tanya berkaitan dengan technical.

3) Dekat wall loji, ada guna membrane tak? Yang ini agak tricky sebenarnya, Om cakaplah based on my exprience Om tak pernah jumpa lagi yang guna membrane, semua guna waterstop utk construction joint. Panel tu dah senyum dah, siap kongsi pengalaman dia lagi tau. Dia pernah buat loji kat navy tpi loji tu dalam tanah. Dia tanya lagi soalan ni

4) Macam mana awak nak tahu kebocoran air bila kita buat loji dalam tanah? Om cakap kita uji dengan water tightness test. Dari situ kita tahu bocor atau tak tangki tu. Tapi sebelum nak mulakan test, segala jenis defect kena buat dengan sungguh-sungguh, klau tak ini akan effect dengan water tightness test tu. Panel tu senyum lagi tau.

5) Boleh tak awak bagi saya characteristic rebar dengan lebih details? Om tak ingat langsung dengan strenght besi, om minta maaf sangat dengan panel mmg betul betul tak ingat sebab baca sekali imbas je, padahal selalu je buat test strength besi. Om bagi jawapan yang lain, Alhamdullilah masih diterima lagi.

6) Ini soalan daripada ketua jabatan, macam orang jabatan engineering gitu.  Saya tengok awak stay di company yang lama sangat lama, kenapa tahun ini awak tukar ke company lain? Awak tak tergopoh lompat company company lain. Om jawab, Om nak belajar dan explore lagi tentang projek loji. If kita stick in one company, we didn’t have another experience. Om nak variasikan lagi pengalaman tu. 

7) Tentang gaji, awak tak kesah gaji awak rendah? Om cakap,  permulaan sesuatu kerja kita tak boleh expect nak gaji mahal, sekali kita menapak di sektor yang berbeza, kita masih zero, like we are nothing. Tapi Om percaya peratusan untuk kenaikan gaji adalah tinggi, kelebihan kelebihan yang tak ada di sektor swasta tu yang patut kita lihat jugak.

8) Sekiranya awak jadi leader di sesebuah organisasi, apa yang awak nak terapkan dalam organisasi awak? Soalan ni macam lost tak ada idea tau, pastu tawakkal je lah. Apa yang nak Om terapkan ialah kepentingan masa sebab masa ni tak semua orang boleh punctual, tak semua boleh nak tepati. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beramal soleh dan beriman. Panel teknikal tu dah senyum dah, masa ni penting Tuan, terutama kita sebagai kaki tangan kerajaan, Om tak nak nanti anak buah Om cuai dalam masa. Masa tak jaga, itu tanda kita dah cuai dalam displin.

Banyak jugalah panel panel tanya tapi Om ingat 8 ni je, Om rasa masa tu panel tu tanya hampir 10 soalan macam tu lah. Tak sangka soalan tu mudah dan boleh Om jawab. Tu yang suami kata, confirm ke tak klentong panel? Mulut awak ni bercakap kadang melalut luar topik tau.

Suami aka driver full time, sanggup nak bercuti semata nak teman wife dia.

Om cakap je kat panel tu, "saya nervous Tuan sebab kadang soalan out the box tu keluar dan tak boleh jangka" Panel tu kata lagi, aik awak study ke? Saya study Tuan dekat 2 minggu, refresh back pasal engineering & pengalaman, kalau tak study ni Tuan, perasaan senang ni akan buat kita tak gemuruh langsung. Panel gelak, Hahahhaha patutlah awak introduce dah gemuruh awak ni. Apa apa pun, awak buat hari saya ceria dan banyak soalan yang awak dapat jawab. Saya doakan maju jaya.

Itulah, ini adalah pengalaman pertama Om temuduga kerajaan, tentang rezeki tu, Om redha dengan keputusan sebab Om dah buat yang terbaik dah. Buat korang yang nak temuduga tu, tolong jangan rasa senang sangat okay! Sama sama doakan keputusan temuduga ni pada hujung bulan, nanti Om share ye!



Segmen Nak URL Blog #36 Mialiana.com

Segmen Nak URL Blog #36 Mialiana.com




Assalammualaikum & hello there!

 Siapa yang free tu jemput join segmen ni juga. Mari kita sama sama memeriahkan segmen Kak Mia Liana.  Klik banner untuk join.




OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com