RM140 MELAYANG DI WATSON - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: RM140 MELAYANG DI WATSON

AFB Feeds

1 Julai 2019

RM140 MELAYANG DI WATSON

Assalammualaikum & hello there!

RM140 MELAYANG DI WATSON | Eh dah 1 Julai rupanya, gaji dah masuk moh ler kita bershopping. Hari ni memang dah niat nak belanja suami makan Sushi King, nak makan Dubuyo pun dah malas sebenarnya. Dubuyo dah tak berapa sedap. Om lagi suka makan korean food di area NU Sentral. Murah dan sedap. Buat apa nak makan yang mahal sedangkan dah ada yang murah?


Masuk Watson memang rambang mata sebab 40% untuk skincare. Lama jugalah habiskan masa dalam Watson sampai halau husband duduk luar semata mata tak nak diganggu. Teruknya diri. Nak tahu Om beli apa je sampai habis RM140? Sebenarnya, nak buang atau preloved semua skincare yang Om tengah guna sebab malas nak pakai banyak banyak sampai 9 - 10 step skincare. Om nak pakai yang basic sahaja untuk routine skincare. Lagi banyak guna duit sebenarnya tau bila pakai step yang banyak. Dah penat dah 2 tahun beli skincare itu ini. Om decide nak guna Eucerin & Simple. 

Eucerin memang mahal tapi sangat bagus. Setakat ni Om baca review eucerin semuanya 4-5/5 bintang. Tepeklah banyak mana pun skincare ni bila sekali culas dalam routine memang out teruslah muka. Dalam skincare ni yang penting istiqamah. Jangan skip yang paling basic. 

Ni routine yang paling basic,
  • Double cleansing 
  • Scrub 2-3 kali seminggu
  • Masker 2-3 kali seminggu
  • Toner
  • Moisturizer 
  • Sunscreen
Maka, Om beli 6 barang di Watson termasuklah pomade suami. Sempat lagi suami ambil pomade ye. Lepas ni dah tak mahu tukar skincare lagi dah. Kalau masih naik jerawat lagi, Om nak consume cleanser dari klinik je senang. Dah penat dah dengan skin sendiri. Hehhehe. In syaa Allah Om akan review semua produk yang Om beli ni ye. Stay tuned!

4 ulasan:

  1. Wahhh bestnya dapat shopping skincare :)

    BalasPadam
  2. Rambang mata kalau ada sale 😂 Kadang sampai taktahu nak beli apa hee

    BalasPadam
  3. teringin nak try eucerin punya produk.. tapi tulah, tunggulah berduit dulu.. ahahaaa 😂😂😂

    BalasPadam
  4. Eina pun suka pergi Watson, haha. Duduk dalam tu lama pun takpe

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com