Assalammualaikum & hello there!
![]() |
sumber : google |
TIPS PERGI HAJI | Bila dapat panggilan haji, ada yang orang seronok, ada yang berdebar dan ada yang takut. Takut sebab macam macam cerita dia orang dengar, yang kaki makan risau pasal makan, yang kurang amal risau akan dugaan, yang selesa sentiasa risau pasal berhimpit, bersesak dan berkongsi tandas.
Kerja haji ni kerja fizikal, mental dan pastinya spiritual. Bila sebut fizikal dan mental mesti ada bab kesihatan yang kena jaga. Ada sahabat bertanya, "Apa tips kesihatan dan pemakanan semasa tunaikan Haji" Saya sendiri belum punya pengalaman berhaji cuma berumrah.
![]() |
sumber : google |
Dalam jutaan manusia, berhimpit dan bersentuh, mudah terkena penyakit. Makanan yang diambil akan jadi ubat preventif. Orang banyak bawa junk food seperti mee segera sebab itulah yang diberitahu dan dipesan orang terdahulu. Takut tidak ada selera makan, itulah alasannya. Kena elakkan junk food atau makanan deep fried.
Bila makan makanan masin dan tinggi garam ianya akan bagi kita cepat dahaga. Banyak manusia takut minum air. Takut terpaksa ke tandas. Air zam zam punya daya serapan yang tinggi. Insyaa Allah tidak akan sebabkan kekerapan ke tandas, minumlah. Berdoalah agar ia jadi asbab kekuatan untuk beribadah.
![]() |
sumber : google |
Plan aktiviti apa yang mahu dilakukan, perlu ada agenda. Target yang mahu dicapai. Apakah hafazan ayat-ayat quran dan surah jadi agenda? Sekiranya ya, otak akan disibukkan dengan benda benda begini. Lebih bagus sebenarnya.
Harap tips diatas membantu dan selamat menunaikan haji.
Sumber : Telegram #DrRizal
0 Ulasan
Sila tinggalkan comment korang disini!