Kerja Site, Kerja Hina! Apaa... - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Kerja Site, Kerja Hina! Apaa...

AFB Feeds

25 Julai 2019

Kerja Site, Kerja Hina! Apaa...



Assalammualaikum & hello there!

KERJA SITE, KERJA HINA | Alkisahnya, Om terbaca di 'IG seseorang', Om agak berkecil hati dengan ayat kawan seseorang tu, yes may be bukan ditujukan pada Om sendiri tapi ianya sekadar luahan hati dia. Ayatnya macam ni,

Your biggest regret in  life?Ambik civil engineering. Kerja paling hina, 7 hari seminggu tengah panas lagi hati panas kena maki

Bercampur aduk perasaan Om ni tau! Entahlah, nak marah pun Om ni siapa nak marah dia cakap macam tu. Yes sekali lagi, mungkin itu adalah luahan hati dia. Sepanjang hampir 5 tahun kerja full time di construction, yes ayat tu sangat melukakan hati. Om juga pemegang diploma civil engineering, pernah terdetik dalam hati menyesal amik civil! Untuk apa kita menyesal dengan benda yang dah lepas? Perkara yang dah berlaku, kita ni tak layak nak tanya 'kenapa'. Ada hikmah disebalik semua tu.

Kerja paling hina? Mungkin dia yang tak cuba explore dalam bidang civil engineering, jika dia tak mahu full time on site, you can choose to be a full time officer, boleh je ambil bidang QS, QA/QC, sangat banyak kerja yang melibatkan civil engineering tak semestinya on site. Bagi ler sel-sel otak awak tu berhubung sikit. 


Kerja 7 hari seminggu? First of all, baca semula offer letter, if mention yang kita ni kerja monday to saturday, kenapa perlu kerja pada hari ahad? Atas desakan office, kawan-kawan atau ikut sendiri yang mahu kerja ahad? Bagi Om, kalau rasa bayaran hari Ahad itu lagi banyak dari hari hari lain, yes Om akan kerja but depends on situation. Buat apa kita kerja lebih dari apa yang ada dalam offer letter tanpa sesuatu bayaran? Hari ahad, office tiada hak untuk paksa kita bekerja! Eh ini boleh bagi tahu pada pejabat buruh tau, jangan buat main-main!

Selama Om kerja, bukannya Om tak pernah balik jam 8 pagi keesokkan harinya. PERNAH! Kita kerja lebih masa dan BERBAYAR! Tak bayar tu lain ceritalah, ngam-ngam jam 5 punch dan balik. Buat apa pening pening kerja lebih masa dan tak bayar? Waste your time adalah? Cukuplah 8-9 jam kita ni berperang otak, tenaga dan masa di tempat kerja, cukup masa balik rehat spent time dengan keluarga. Kerja ni sampai bila-bila tak habis tau!


Kerja tengah panas? Kelakarnya dan dia ni expect apa sebenarnya, dah nama kerja site mestilah di tengah panas. Lainlah bangunan dah siap, bolehlah berteduh. Ni dibuatnya site baru nak naik, office pun tak ada lagi, dia harapkan aircond? Angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa tulah paling nikmat sepanjang kerja 5 tahun ni. Paling bersyukur adanya hujan. 

Percaya atau tak, sesiapa je yang kerja site memang akan suka dengan hari hujan. Sebab apa? Hujan nilah waktunya kita berehat sebab tak boleh buat kerja ketika hujan. Apatah lagi hujan lebat, wow lagi Om suka. Kalau boleh hari hari nak hujan. Ini baru cuaca di Malaysia, belum lagi di 4 musim, dibuatnya datang salji tebal, mahu tak best? Heheheh


Tak tahan kena maki? For me, maki ni perkara normal dalam site. Dah kena maki even bukan salah kita, tak perlu pun nak simpan dalam hati. Style Om senang je, lepas jam 5 pikir pasal hal rumah dan tinggalkan hal-hal site ni. Jangan terbawa-bawa hal kerja dalam rumah, kerja is kerja, personal is personal. Jangan rumitkan perkara yang mudah. Mudahkan? 

"TAK KUAT MENTAL & FIZIKAL JANGAN KERJA FULL TIME SITE"

Kita ni perempuan, kita kena tahu takat mana kebolehan kita. Kalau sampai situ je, dah! Jangan over-over. Kerja site ni yes memang dikongker sepenuhnya oleh kaum lelaki tapi jangan pernah kalah dengan hal-hal kecik. Kerja site bukan kerja hina, kita ni yang hina sebab tak reti nak explore dalam kerja kita.

Apa apa pun, CHILL JER!!




3 ulasan:

  1. Kalau dah nama engineer kena kerja hari weekend tu macam normal lagi lagi yang dekat industry / on site. Pedulikan je cakap-cakap orang lain, bukan dia yang bagi kita makan ehehe~

    BalasPadam
  2. Hehehe terbaik sis. Pengalaman kerja macam ni yang buatkan kita terfikir kuatnya wanita macam sis! Salute sis boleh stay positive on site and inspire others here

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com