EH!! ADA DARAH WALAUPUN SUDAH HABIS PERIOD? - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: EH!! ADA DARAH WALAUPUN SUDAH HABIS PERIOD?

AFB Feeds

15 Julai 2019

EH!! ADA DARAH WALAUPUN SUDAH HABIS PERIOD?

Assalammualaikum & hello there.

ADA DARAH WALAUPUN SUDAH HABIS PERIOD | Om tahu kadang tak semua orang nak share masalah yang melibatkan haid. Entri ni memang khas untuk perempuan yang sedang alami kes yang sama macam Om. Kaum lelaki atau pun yang bernama suami, boleh juga membaca untuk pengetahuan supaya bila terjadinya kes macam ni, tak ada lah kalian terpinga-pinga dan buat tak tahu je.



Alhamdulillah, suami Om agak risau semalam. “Eh kan dah habis period seminggu lepas, kenapa ada lagi?” Yes, Om sekarang memang tengah bermasalah dengan kekurangan darah dan juga kencing kuman. Kadang dekat ari-ari rasa nyilu, rasa sakit kat kawasan perut belah kanan. Hurghhh! I really need to go hospital if this things still happens!! Semalam sampai 15x  keluar masuk toilet semata nak kencing. Kencingnya pulak sikit sikit jer, then tiba tiba ternampak darah kat seluar dalam. Aik, dah habis period kot. Kenapa ada lagi? Siapa je yang tak risau. Kiranya hari ni dah 2 hari dah, still keluar darah pekat warna gelap. 

Om memang tipical manusia yang semua benda nak google. Sikit sikit google, sikit sikit google. Jadi petang tadi, Om google dan cari tentang masalah darah selepas haid. Sebenarnya, darah yang keluar tu masih dikira darah haid sebab masih lagi dalam tempoh haid, 1-15 hari. Tiap kali period mula Om memang akan catat dalam apps di bawah ni, senang supaya tak lupa.


Seandainya masih ada darah even dah lebih dari tempoh haid, boleh ler berjumpa doktor. Buat pemeriksaan dan janganlah dok pikir masih darah period! Om akan pergi bila darah ni masih tak stop lagi. Harap korang yang ada masalah macam Om tapi dah lebih dari tempoh haid, SILA BUAT PEMERIKSAAN DOKTOR DENGAN KADAR SEGERA!

Refer sini jugak untuk info ye, 



2 ulasan:

  1. Sy pun dah install period tracker.. Mmg m'bantu sgat utk lihat perkembangan period kita..

    BalasPadam
  2. biasa tak track pon period marina. sebab dari dulu period tak tetap. bila ngandung tu nurse tanya bila first day last period. agak2 je la. hihi.


    Baca pendapat Marina pasal movie ni. Movie Review : Spiderman - Far From Home.

    Jom follow Marina https://marinabashah.blogspot.com .Marina dah follow blog ni.:)

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com