Dah kahwin 4 bulan.. bila nak ada anak ni Om? - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Dah kahwin 4 bulan.. bila nak ada anak ni Om?

AFB Feeds

23 Julai 2019

Dah kahwin 4 bulan.. bila nak ada anak ni Om?

Assalammualaikum & hello there!

DAH KAHWIN 4 BULAN, BILA NAK ADA ANAK  | Amboi ayat entri tak nak kalah ye. Let me explain to you, okay? Sejak dah kahwin ni, ayat ni memang famous keluar daripada mulut-mulut orang “Aik, tak ada lagi ke?” Apa mereka ni ingat hari ini nikah, esok dah boleh ada anak? Macam gitu?


Ada yang baru kahwin, dah pregnant. Ada juga yang baru kahwin, rezeki dia mencukupi. Ada yang dah lama kahwin, tapi tiada anak lagi dan ada juga yang dah lama kahwin, rezeki Allah bagi cukup lengkap. Apa yang kita nak sebenarnya? Nanti bila dah ada anak, “tak nak tambah lagi ke”, bila anak dah ramai “ramainya anak, dah dah lah boleh dah tutup kilang” Benda yang macam inilah sampai bila bila tak habis. 

Sebelum kahwin dulu, memang Om ada bincang pasal anak dengan husband. Dah ready ke nak jadi ayah? Dah ready ke kewangan? Betul, duit ni bukan segalanya tapi duit ini permulaan bagi segalanya. Husband pun ada kata, kita hold dulu tahun ni. In syaa Allah tahun depan kita usaha sama-sama pasal anak. Reason paling kuat kenapa Om tak ada anak lagi sebab majlis bertandang belah suami in syaa Allah bulan 12 ni. Tak ke orang mengumpat nanti, perut dah besar baru nak buat majlis? Manusia ni memang tak lari dengan benda benda macam ni. 

Bila dah ada anak nanti, do you ready with all the responsibilty? Bab kewangan, masa & tenaga semua ni kena ambil kira juga. Semua benda nak duit tau, kencing berak pun berbayar. Bagi Om, sekurang-kurangnya kami ni dah cukup dari segi kewangan. Hello? Susu & pampers baby pun mahal tau sekarang ni. Ingat murah? Kang bila beli yang murah, masalah ruam pastu terjadinya eczema. Mana tahu salah seorang kena berhenti kerja? Sekarang ni bukan zaman yang kena percaya dekat orang asuhan anak kita. Macam macam kes dah berlaku dh, kita punyalah tunggu 9 bulan tapi end up dengan meninggal disebabkan kecuaian orang asuhan. No way! Benda ini memang kena elak 100%




Dah ready ke semua masa suami dan isteri tertumpu pada anak? Selama ni berdua, dah bertambah jadi bertiga, kalau dulu bolehlah tengok wayang pergi mana mana berdua. Bila dah ada anak, tak semua aktiviti yang dulu kita boleh buat bila dah ada anak. Jawabnya tunggu anak besar. Om cakap macam ni bukannya tak nak ada anak tapi biarlah bersesuaian dengan masa dan kewangan. Bukan nak tolak rezeki anak tu, kalau ada in syaa Allah terbukalah hati dengan seluasnya. 

Siapa je yang tak suka dengan bau baby? Tengok anak membesar hilang tau penat lelah kerja. Boleh nak ada anak ni tapi jangan ikut sangat kata orang lain, yang penting diri kita ni dah ready dari semua aspek ke tidak? Tepuk dada tanya hati!



4 ulasan:

  1. Insyaallah ada rezeki nanti allah bagi..doa banyak2..disamping tu jaga pemakanan, jangan stress..mulut orang kalau bertanya memang x leh di tutup..selagi mampu usaha ye dik...akak doakan..aminnn

    BalasPadam
  2. Benar rezeki anak rahsia Allah. Anak juga pembawa rezeki semoga dipermudahkan segala urusan Om

    BalasPadam
  3. Percaya pada rancangan Allah.
    Ada anak atau tidak, tak berbeza nilai antara manusia.

    BalasPadam
  4. betul tu, jangan ikut sangat cakap orang lain. Ada anak bila kita sedia fizikal, kewangan dan mental juga.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com