CARA TANGANI KAKI BERBAU - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: CARA TANGANI KAKI BERBAU

AFB Feeds

19 Julai 2019

CARA TANGANI KAKI BERBAU

Assalammualaikum & hello there!

CARA TANGANI KAKI BERBAU | Eeeuuww siapa je yang suka bau busuk? Nak nak bila buka stokin terus keluar perfum menjalar diselinap penjuru rumah mahupun office. Mak Om selalu pesan, tak apa muka kita ni tak lawa janji jangan kaki berbau, mulut berbau, berdaki. Ada kawan Om sampai dua tiga minggu perap stokin dalam kasut. Allah, dia punya bau tu memang piaw lah! Mana boleh tahan kan?

Om share dengan korang semua, cara tangani kaki berbau :  

1. Cuci Daki Kaki : Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.

2. Buang Cagu/KematuCagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki korang bebas masalah ini. 

3. Potong Kuku PendekKuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung (berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.

4. Pakai Stokin sesuaiDisarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh berbanding nilon.

5. Tukar Stokin Setiap Hari : Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh. 



6. Pakai Kasut SesuaiPakai kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.

7. Elak Pakai Kasut Sama Setiap HariBeli 2 pasang kasut kerja/sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap akan galakkan pembalakan bakteria dan kulat

8. Pakai Ubat Anti-PerspiranDi farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Baca cara penggunaannya betul-betul.

9. Pakai Ubat Anti-BakteriaKasut perlu dibersihkan atau dicuci setiap minggu. Selain itu perlu juga di spray, cuci dengan ubat anti-bakteria sebagai langkah pencegahan.

10. Elak Kongsi Stokin atau KasutPelajar di asrama selalu kongsi(rembat) stokin dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkonigsi sekalilah. Pakej.

No 1,2&3 memang mak akan bising, “kenapa tak buang daki kuku sampai bersih, nak mak ketuk kaki tu ke” Mak Om memang jenis cerewet dengan kebersihan. Om sendiri pun tiap minggu ingatkan suami, “Mandi tu reti retilah cuci daki kuku kaki , takkan nak tunggu sampai taugeh tumbuh baru nak cuci” Bagi Om, terutama perempuanlah, nevermind muka tak lawa tapi kaki bersih daripada cagu & berbau. 

Selamat beramal.

2 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com