Blogger Challenge Day 2 | YOUR CURRENT RELATIONSHIP - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Blogger Challenge Day 2 | YOUR CURRENT RELATIONSHIP

AFB Feeds

29 Julai 2019

Blogger Challenge Day 2 | YOUR CURRENT RELATIONSHIP


Assalammualaikum | Hello there!

YOUR CURRENT RELATIONSHIP | Already MARRIED hokay! Rasanya Om tak pernah kongsikan relationship di mana mana media sosial, nak kata dalam facebook tak ada. Om tak suka nak show off dengan sebuah perhubungan, di buatnya end up tak kahwin, tak ke malu? Entri sebelum ni Om tak sempat nak ceritakan tentang majlis kami, tak ada masa nak taip panjang. Boleh klik di link yang Om sharekan kt bawah ye, 


Jujurnya, Om dan suami kenal dah lama tapi hati tak terdetik untuk mengenal hati budi masing masing cukup sekadar rakan office. Bayangkanlah Om ni duduk berdepan je dengan meja suami, tengok suami macam tak ada perasaan langsung. Dululah tapi. Lama jugak kenal dalam 2 tahun duduk di ofis dan site yang sama. Dulu suami panggil Om as a Kak tau! Like what! Lama-lama macam "Kau tak payahlah nak berkak-kak dengan aku" sampai ke sudah suami panggil su. 

Belah kiri yang paling hadapan is suami OM.

Terdetiknya perkenalan tu bila Om ni dipindahkan ke lain site, dan masa di site tu, Om memang zero tentang pemasangan scaffolding, dari situlah Om start chat dengan suami untuk tanya tentang scaffolding. Dah nama pun satu office, tak pergunakan nanti susahkan diri sendiri pulak. Chat pun tanya pasal kerja, entah macam ni ditakdirkan lagi kami ni satu office dan site di projek KPJ Hospital Kluang. Masa ni suami dok gatai 'Wei, jom tengok wayang'. Rasanya dah lebih 44 kali, naik rimas dengar. Om masa tu tengah sibuk rancang bercuti ke China. Rimas bila dia balik-balik ajak tengok wayang.

Lama-lama iman mana tahan, pergi je lah. Boleh tengok wayang free! Makan free! Sampai sekarang memang tak lalu tol Kulai tau, kami ni gigih lalu Tol Ayer Hitam, tembus ke daerah Kluang sebab nak tengok tempat jatuh hati lagi dikenang, gittew! Sampaikan owner hotel kat Kluang kenal kami ni sejak kerja site sampailah dah kahwin. 

yeayyy dah SAH!!
Betullah mak kata, "Kadang jodoh depan mata pun kita tak nampak". Alhamdullilah, sekarang dah sha bergelar suami isteri. Walaupun diri ni kadang macam main tarik tali dengan suami, tapi dah nama jodoh, kami declare nak jumpa parents pun bermula raya tahun lepas, Om kenall dengan parents suami pada hari raya haji dan kami bertunang pada bulan 11 2018. Nikah pulak pada bulan 3 2019, cepatkan sebenarnya? Apa boleh buat jodoh dah sampai takkan kita nak tolak? 

Btw, Om mula suka dengan nama Zainal disebabkan lagu dibawah ni 3 tahun yang lepas. Suka nama tapi tak tahu siapa pemilik nama tu. Om suka lagu tu jugak sebab pembawaan gadis tu! Tak ada masuk apa apa sebenar tapi tup-tup dah berkahwin dengan orang yang bernama Zainal, my husband.

Begitulah cerita percintaan kami, hahahahah.


5 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com