BACA INI?! TIPS DAN TRICKS MENCARI TRAVEL BUDDIES - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: BACA INI?! TIPS DAN TRICKS MENCARI TRAVEL BUDDIES

AFB Feeds

10 Julai 2019

BACA INI?! TIPS DAN TRICKS MENCARI TRAVEL BUDDIES

Assalammualaikum & hello there! 

TIPS DAN TRICKS MENCARI TRAVEL BUDDIES | Sudah lama rasanya saya tak menulis berkenaan perkongsian tips dan tricks. Hari ni gatal pulak tangan saya nak share sikit pasal tips and tricks berkenaan pemilihan travel buddies. Ramai yang update dapat bad experience dengan travel buddies masing-masing bila travel ibarat seperti kaca terhempas ke batu. Tapi ramai juga yang dapat best experience dengan travel buddies mereka ibarat siang menjadi angan-angan malam menjadi mimpi. Chewah! 


My travel buddies ketika trip Beijing, China. Om sorang aje umur 20an. ><

Perkongsian saya hari ni sebenarnya nak share sikit berkenaan dengan tips dan tricks macamana nak pilih travel buddies sebelum memulakan satu-satu trip. Semoga bermanfaat untuk semua.

1) Nombor satu, kenal pasti ciri anda. Tanpa kenal diri, macamana nak kenal orang lain. Ye dak? Maksud kenal diri disini ialah, kenal behaviour travel anda. Anda ni jenis dominant atau passive. Kalo anda jenis dominant, pasti kan travel buddies anda jenis submissive. Kalo tak, akan ada conflicts bila travel nanti. Kan susah! 

Apa yang di maksudkan dengan dominant? Dominan ni bermaksud anda jenis berkuasa atau mempunyai pengaruh kuat. Passive atau submissive ni bermaksud pengikut means kalo travel, korang jadi tukang ikut je nanti dan bukan bermaksud anda seperti lembu di cucuk hidung ya. Bukan. 

So bila anda dominant, make sure travel buddies anda passive. Jadi semua benda anda boleh aturkan. Kalo anda jenis submissive pula, anda boleh follow mana-mana trip yang travel buddies dominant organise. Percayalah, pasti senang hidup anda. 

Jika, both dominant, sila buat perbincangan yang betul-betul sebelum berlangsungnya trip. Siapa nak atur kan itinerary, siapa nak pilih accommodation, waima nak naik airlines apa sekali pun. Semua tu kene take into account. Contohnya kalau korang travel dua cities, satu si A yang buat itinerary and satu lagi si B pula yang buat. Jadi, disitu korang boleh minimise conflict. Pepatah melayu ada mengatakan hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

Dalam train menuju ke hotel di Beijing.
2) Kenali financial anda dan financial travel buddies anda. Kalo anda jenis bajet rendah untuk semua perkara, silalah travel dengan orang yang sama level bajet juga dengan anda, nanti dikhuatiri berlaku conflict semasa travel. Orang cakap enggang sama enggang, pipit sama pipit. Unless korang ni dapat travel dengan helang yang mana tak kisah pasal bajet, itu tak jadi masalah.

Solusinya bila travel antara si pipit dan enggang, sila mentioned awal-awal how much your budget and what to spend so that enggang tak high expectations dari korang. 

3) Kenali style travelling anda seperti fully backpacker ke, bawak backpack tapi stay hotel ke, bawak bag trolley tapi stay hostel ke atau jenis luxury traveler. Bila dah kenal diri, maka pilih lah travel buddies yang paling sesuai supaya tak ada conflict masa pemilihan accommodation nanti supaya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. 

Saya pernah travel mix luxury dan backpacker ya. Pernah ada kes, ada travel buddies yang decided nak dok hostel, dan pada masa yang sama travel buddies lain menginap di hotel berbintang empat. Some naik train first class, some pulak hop train 3rd class. So, benda ni tak jadi masalah sebenarnya asalkan all parties selesa dan ada sefahaman dan bukan kaki dengki dengan ahli yang lain.

Kami kenal melalui FB Travel Buddies Malaysia dan terbawa hingga ke sekarang.

4) Setelah semua ciri diatas dikenal pasti, now kita move ke part penting dalam travel, iaitu itinerary. First thing, tanya travel buddies korang, apa dia expect atau apa outcome bila trip nanti? Ada orang suka cities, ada yang suka scenery, muzium, arts, food, culture dan macam-macam.

Dari sini korang bole sort mana attractions yang patut skip, mana yang patut focus supaya semua orang rasa adil dan saksama. Orang tua-tua cakap, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. 

5) Bila itinerary dah siap, now masa untuk beli tiket flight pulak. Ingat tak semua orang suka naik low cost airlines dan tak semua orang suka membazir untuk tiket mahal. 

Untuk conflict macam ni, solution dia, korang bole berpisah naik flight asing-asing je senang. Nanti jumpa balik kat airport atau jumpa kat hotel je kan lagi senang.

"Ala tak best la travel asing-asing". Eh, tak de masalah sebenarnya. Tujuan kita travel adalah destinasi yang nak dituju. Bukan naik flights sama - sama bertujuan untuk selfie dalam kapal terbang.

Saya biasanya minta travel buddy jumpa kat hotel je. Pergi asing-asing, balik asing-asing. Some trips, jumpa kat arrival destination airport. 

Kak Farhasma, dari trip Beijing hinggalah trip IndoChina. Nak jumpa travel buddies yang sekepala memang agak susah.

6) Itinerary dah, ticket flight dah. Apa kata korang tanya travel buddy korang pasal makanan pulak. Meal biasanya masak ke, bawak instant food ke, atau makan saja kat mana-mana restaurant, janji kedai tu halal. 

Ingat, pasal makanan pon boleh ada issue tau. Ada yang cakap nak jimat masa, masak untuk breakfast dan dinner. Makan kat luar untuk lunch je. Ada juga jenis ikat Perut during lunch, dan tak lupa juga yang memang jenis makan kat luar all the time. Ada yang jenis nak save budget, ada juga yang memang tak selera nak makan makanan asing. Jadi, identify behavior permakan travel buddy korang. 

Ingat, nak masak juga consume time, consume energy. Jadi, perlu berhati-hati dan selidik dulu travel buddies korang ni jenis macam mana. Benda simple je dan bole bawa bincang. Jadi, berbincang lah sesama korang.

7) Timing. Ni the most crucial part bila travel dengan travel buddy. Kenali pasangan anda. Ada yang jenis kaki make up sejam, ada yang jenis bangun lambat, ada yang jenis bila shopping lupa dunia, ada yang pantang jumpa benda pelik wajib singgah dan macam-macam lagi ragam manusia.

Jadi, deal lah dari awal. Make sure korang prepare 30-40 minit buffer untuk mengelakkan sakit hati bila travel buddy lambat nanti. Psssttt, aku suka bangun lambat. Tapi kalo suruh bangun 5 am untuk keluar berjalan-jalan, i have no problems at all as long as not every day.



8) Next part ialah waktu untuk keluar berjalan, bersiar-siar atau melawat attractions. Ada traveler suka keluar seawal pagi, ada yang suka keluar lambat, ada yang suka keluar awal dan balik awal, ada yang suka keluar lambat dan balik lambat dan ada juga yang keluar keluar pagi-pagi lepas tu balik rehat, refresh dan keluar balik pada belah malam nya.

Benda nampak kecik ya, tapi kalo jenis travel dengan kaki bawang, benda macam ni pon bole jadi masalah besar. Kes aku, aku prefer keluar sekali je, dah penat baru balik. Dan aku tak suka keluar awal pagi melainkan, keadaan yang memerlukan untuk keluar awal pagi.

9) Ground transport. Bila travel, please kaji dulu ground transport tempat yang korang nak pergi. Accessible by public transport ke, senang dapat e-hailing car ke, senang dapat taxi ke atau boleh jalan kaki je nak visit attractions. 

So, dari sini bole discuss method of transportation yang korang dan travel buddy prefer. Ada yang suka jalan kaki je, ada yang suka naik Public transport, dan ada yang suka naik taxi. Senang katanya. Door to door. Apa-apa pon, tepuk poket, tanya bajet. 

10) Last but not least, ada banyak lagi korang kene kaji seperti kaki OOTD, kaki shopping, kaki minum, kaki tidur dan macam-macam kaki lagi. Itu atas budi bicara korang. Kalo korang selesa, walaupun travel dengan kaki dadah sekali pun, why not? Yang penting selesa dan sekepala. Betul tak? Ibarat kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.  

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, marilah kita memulakan pengembaraan kita dengan lafaz bismillah. Semoga mendapat kebahagiaan dan kegembiraan sehingga selepas trip nanti. Amin. 

Sumber :
Oren Katique
Pengembara Sepenuh Masa

1 ulasan:

  1. Travel partner memang sangat penting. Dia boleh tentukan travelling kita best ke idok :D

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com